TIME Menyenaraikan iPhone X Dan Apple Watch Series 3 Antara “Top 10 Gadgets of 2017”

Majalah TIME telah berkongsikan senarai “The Top 10 Gadgets of 2017” hari ini dan meletakkan dua peranti milik Apple iaitu iPhone X dan Apple Watch Series 3 yang baharu dalam senarai tersebut. Sebelum ini, iPhone X telah dinamakan salah satu daripada senarai “25 Best Inventions of 2017” yang diterbitkan pada minggu lepas.

Dalam senarai 10 alat tersebut, iPhone X telah diletakkan di tangga kedua diikuti dengan Microsoft Surface Laptop di tangga ketiga, DJI Spark keempat, dan kelima ialah Samsung Galaxy S8. Bagi tangga pertama, TIME telah meletakkan peranti Nintendo Switch sebagai “true knockout” dengan berkebolehan untuk bermain permainan video daripada konsol tradisional pada televisyen di rumah kepada konsol mudah alih yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja.

Berada di antara tangga yang bawah, peranti Apple Watch Series 3 telah diletakkan di tangga kesembilan. Menurut majalah TIME, versi terbaru Apple Watch ini dengan mempunyai pemprosesan pantas dan altimeter barometer sebagai penambahan ciri yang bagus. Berkebolehan untuk menggunakan data selular LTE tanpa iPhone disisi ialah merupakan ciri yang terbaik, menurut TIME.

Untuk melihat produk lain dan senarai penuh “The Top 10 Gadgets of 2017” disenaraikan oleh majalah TIME, anda boleh lihat di sini.

 

Sumber: TIME

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *