#TipsAUG: Aktifkan Kalkulator Saintifik Dan Tukar Arah Panorama

Dalam urusan harian, kita menggunakan peranti untuk membuat tugasan yang seringkali dilakukan pada setiap hari seperti membuka aplikasi sosial, membuat nota dan lain-lain lagi. Pasti ada antara pengguna yang tidak tahu fungsi tersembunyi yang terdapat pada sistem operasi iOS walaupun sudah lama menggunakannya.

Tips yang dikongsikan ini mungkin tidak ramai yang tahu ia berada pada aplikasi tetap iOS walaupun ada yang menggunakan pada setiap hari mahupun yang tidak pernah membuka aplikasi tersebut. Seperti yang sedia maklum, semua peranti idevice mempunyai aplikasi kalkulator kecuali peranti iPad sahaja tapi adakah anda tahu dalam aplikasi kalkulator tersebut mempunyai fungsi kalkulator saintifik? Untuk mengaktifkan fungsi tersebut:

1. Matikan fungsi Potrait Orientation Lock di Control Center peranti anda.

2. Buka aplikasi kalkulator.

3. Pusingkan peranti anda ke kiri atau ke kanan atau secara teknikalnya, pusingkan dari kedudukan potret kepada landskap.

4. Anda sudah pun aktifkan kalkulator saintifik, mudahkan?

 

Ramai antara pengguna iOS yang suka untuk menangkap gambar panorama ketika melancong atau pergi ke suatu tempat lain. Seperti yang sedia maklum, mod panorama boleh ditangkap dengan menggerakkan peranti anda ke arah kanan seperti anak panah yang ditunjukkan tapi anda boleh menukar arah mod panorama tersebut seperti di bawah:

1. Buka aplikasi kamera anda.

2. Pilih mod panorama.

3. Tekan pada anak panah yang berada pada paparan skrin anda.

4. Secara magiknya, anak panah tersebut akan berubah ke kiri dan anda boleh menggerakkan peranti anda ke kiri untuk menangkap gambar panorama.

5. Maka anda bolehlah berkongsikan gambar panorama itu ke Instagram dengan menggunakan cara ini.

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips ini dan senantiasa menyokong Apple User Group (Malaysia)®👍.

 

#TipsAUG merupakan segmen mingguan dari kami untuk berkongsikan tips, cara penggunaan, tutorial kepada pengguna peranti iOS untuk lebih mahir menggunakannya.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *