#TipsAUG: Henti Lagu Sedang Dimain Menggunakan Tetapan Masa

Mendengar lagu/media tidak lagi asing dalam kehidupan seharian kita, ada yang mendengarkan lagu ketika belajar, bersenam untuk fokus, mahupun ketika waktu malam iaitu waktu tidur. Ada yang memainkan lagu dari mula tidur tanpa dihentikan (sebab dah tidur takkan nak bangun tutup pula) sehingga awal pagi.

Namun adakah pengguna tahu cara untuk menghentikan lagu yang sedang dimainkan secara automatik menggunakan tetapan masa/pemasa (timer)? Dengan tetapan masa ini, mungkin dapat menjimatkan bateri peranti yang sedang memainkan lagu sehingga pagi menggunakan cara di bawah ini:

1. Buka aplikasi Clock di homescreen peranti anda.

2. Tekan pada bahagian Timer.

3. Kemudian, tekan pada ‘When Timer Ends’.

4. Tatal ke bawah sekali dan tekan pada ‘Stop Playing’. Selepas itu, tekan ‘Set’ pada atas kanan sekali.

6. Anda boleh tetapkan masa untuk lagu itu dihentikan mengikut kehendak anda samada mengikut jam mahupun minit.

7. Tekan ‘Start’ dan tetapan masa akan diaktifkan. Anda kini boleh mula memainkan lagu ataupun menetapkan tetapan masa ini ketika lagu sedang dimainkan. Ikut cara anda masing-masing dan lagu akan senantiasa dimainkan sehingga timer ini berakhir.

 

Mudahkan? Pasti anda mahu bangun pada waktu pagi tanpa gangguan lagu yang dibenci masih berada dalam senarai lagu tapi malas nak buang mahupun bagi memudahkan untuk mendengar azan subuh ataupun aktiviti mengikut kehenda anda. #TipsAUG pada minggu lepas ialah cara untuk membuang nombor di kalkulator dengan mudah dan aktifkan kiraan aksara pada mesej. Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips ini dan senantiasa menyokong Apple User Group (Malaysia)®👍.

 

#TipsAUG merupakan segmen mingguan dari kami untuk berkongsikan tips, cara penggunaan, tutorial kepada pengguna peranti iOS untuk lebih mahir menggunakannya.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *