#TipsAUG: Padamkan Nombor Pada Kalkulator Dengan Mudah Dan Aktif Kiraan Kandungan Aksara Mesej SMS

Masih juga dengan topik kalkulator lagi pada minggu ini, pelajari #TipsAUG yang dahulu jika anda belum baca lagi. Mungkin ada antara kita yang menggunakan aplikasi kalkulator dan kadang-kadang tersalah taip atau tersalah memasukkan nombor.

Bagi yang tersangat rajin, ada antara kita yang akan membuang kesemua nombor atau mulakan balik semula kerja yang dibuat. Namun adakah anda tahu cara mudah untuk memadamkan nombor tanpa padamkan semua atau mulakan balik? Ikuti langkah mudah ini:

1. Pada aplikasi kalkulator, jika anda tersalah taip atau tersalah masukkan nombor dan ingin dipadamkan, anda hanya perlu swipe atau ‘tatal’ jari anda ke kiri atau ke kanan pada kotak nombor di atas dan nombor itu akan dipadam. Jika anda tatal kali kedua, nombor kedua pula akan dipadamkan dan seterusnya.

Mudahkan?

 

Untuk tips kedua ini ialah untuk pengguna yang masih menggunakan perkhidmatan mesej SMS. SMS masih juga penting pada waktu yang tidak diingini seperti kawasan yang mempunyai isyarat selular yang lemah ataupun untuk jimatkan bateri dari menggunakan data selular dan pada waktu kecemasan.

Perkhidmatan mesej SMS mengikut telco tertentu mempunyai had limit kiraan aksara (character) sehingga 160 sahaja, tiap telco mempunyai had limit berbeza. Jika anda menghantar lebih dari itu, pihak telco akan mengecas dengan harga lebih dari yang ditetapkan. Bagi mengelakkan dari duit ditelan, maka anda perlu menghantar kurang dari atau pada 160 aksara sahaja.

Cara untuk aktifkan kiraan kandungan aksara mesej SMS:

1. Pergi ke Settings > Messages > SMS/MMS > Character Count > On.

2. Buka aplikasi mesej dan pergi ke mesej SMS (bukan iMessage), lihat pada anak panah butang Hantar atau perkataan Send dan pastikan berwarna hijau.

3. Apabila kandungan mesej ditaip sehingga baris kedua, akan tertera kiraan kandungan aksara dan jumlah penuh di bahagian atas butang Hantar atau perkataan Send.

4. Maka anda boleh elakkan dari duit ditelan dan boleh menghantar mesej SMS pada harga yang ditetapkan.

 

Jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan-rakan anda tentang tips ini dan senantiasa menyokong Apple User Group (Malaysia)®👍.

 

#TipsAUG merupakan segmen mingguan dari kami untuk berkongsikan tips, cara penggunaan, tutorial kepada pengguna peranti iOS untuk lebih mahir menggunakannya.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *