TSMC Dilapor Sudah Memulakan Pengeluaran Cip Pemprosesan Apple A11 Untuk iPhone 8

Menurut laporan terbaru oleh Digitimes, TSMC secara rasminya sudah memulakan pengeluaran cip pemprosesan Apple A11 SoC berasaskan rekaan 10nm, yang bakal digunakan pada iPhone 8 tahun ini. Untuk kesemua peranti iPhone yang bakal keluar pada tahun ini akan menggunakan cip yang diperbuat dan dibekalkan oleh TSMC sahaja.

Cip A11 ini juga dijangka akan digunakan pada iPhone 7s dan iPhone 7s Plus yang hanya dikemas kini untuk spesifikasi dalaman sahaja dan masih menggunakan rekaan yang sama seperti iPhone 7 dan iPhone 7 Plus sebelum ini.

Seperti biasa, Apple akan mereka keseluruhan cip A11 ini dan diberikan kepada pihak ketiga untuk proses pembuatan dan pengeluaran. Sebelum ini, Samsung ialah syarikat yang paling lama mengeluar dan membekalkan cip pemprosesan untuk iPhone. Bermula dari iPhone 6s, TSMC mula mendapat kontrak untuk mengeluar dan membekal cip pemprosesan ini.

Selain itu, Apple A11 mungkin akan digunakan pada peranti iPad akan datang iaitu iPad Pro 12.9-inci dan iPad Pro 10.9-inci dalam tahun ini.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *