Tukar iDevice yang Rosak kepada yang Baru di Pusat Servis Apple

Tahukah anda? Jika iDevice anda rosak, anda boleh menggantikannya kepada yang baharu di Pusat Servis Apple (AASP) yang sah.

 

Menurut Encik Dep, salah seorang daripada Team AUG, ada beberapa terma yang perlu dipatuhi. Encik Dep merupakan seorang yang berpengalaman dengan urusan gantian iDevice dan pernah bekerja di salah sebuah AASP di Malaysia.

 

Antara terma dan syarat yang perlu dipatuhi ialah:-

1. Tiada modifikasi keatas unit tersebut. (Alat ganti/komponen dalaman dan luaran mestilah tidak pernah ditukar lagi)

2.) Unit mestilah set model global. Sesetengah unit, terutamanya iPhone luar negara terikat dengan syarikat telekomunikasi luar contohnya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan banyak lagi tidak diterima. Hal ini kerana, model tersebut berbeza dengan model global yang digunapakai di negara-negara Asia Pasifik.

 

1. Jika iDevice anda masih dalam tempoh jaminan.

Anda boleh periksa tempoh jaminan di http://checkcoverage.apple.com. Ia akan memaparkan tarikh luput jaminan anda. Jika iDevice anda masih dalam tempoh jaminan, anda boleh segera ke AASP untuk menuntut jaminan anda. Mereka akan mendiagnosis dan mengenalpasti punca kerosakan. Jika iDevice anda layak, mereka akan segera menguruskan proses penggantian iDevice anda. Tempoh proses ini lazimnya mengambil masa seminggu dan tidak lebih daripada tiga minggu waktu bekerja. Namun, ada juga yang mendapatkannya dalam tempoh dua hari sahaja. Ia bergantung kepada proses dan stok gantian.

 

2. Jika iDevice anda sudah tamat tempoh jaminan.

Bagi unit yang mengalami kerosakan setelah habis tempoh jaminan dan unit yang “warranty void” atau jaminan terbatal, anda juga boleh dapatkan gantian dari AASP dengan bayaran tertentu. Bayaran bagi setiap model iDevice adalah berbeza. Apple akan ganti unit anda mengikut warna, model, dan kapasiti yang sama. Tiada penukaran warna, model, dan kapasiti disediakan.

 

Antara kerosakan yang akan menyebabkan jaminan anda terbatal adalah seperti berikut:-

1) Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan

2) Water damage. iDevice terjatuh/terendam dalam air lalu rosak.

3) Kerangka/badan iDevice bengkok dengan sengaja/kecuaian

4) Lekuk dan calar balar yang melampau.

 

Mulai Februari 2017, bagi produk iPhone yang hanya mempunyai masalah paparan skrin LCD (Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan), anda hanya perlu membayar harga yang ditetapkan untuk menukar skrin sahaja. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit. Anda hanya dibenarkan tukar skrin sahaja dan bukan tukar iPhone baharu. Rujuk gambar di bawahAnggaran Harga Gantian

Tempoh jaminan bagi setiap peranti ialah 90 hari.

Lokasi AASP di Malaysia -> https://locate.apple.com/my/en

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

4 thoughts on “Tukar iDevice yang Rosak kepada yang Baru di Pusat Servis Apple

  • April 5, 2017 at 10:55 pm
    Permalink

    Biasenye kalau tukar lcd, die akan guna original produk apple ke?

    Balas
    • April 6, 2017 at 1:27 pm
      Permalink

      kalau tukar LCD melalui AASP, anda akan dapat LCD yang original serta dijamin oleh Apple

      Balas
  • April 11, 2017 at 6:04 pm
    Permalink

    Kalau screen problem , then hantar apple center, so, nnti kne bayar jugak ke untuk repair screen? warranty still ada lagi until July 2017.

    Balas
    • April 17, 2017 at 7:55 pm
      Permalink

      kalau masalah skrin yang disebabkan oleh kecuaian sendiri, memang kena bayar
      kalau masalah skrin yang bukan disebabkan oleh kemalangan/kecuaian, dapat ganti percuma

      Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *