Tukar iDevice yang Rosak kepada yang Baru di Pusat Servis Apple

Tahukah anda? Jika iDevice anda rosak, anda boleh menggantikannya kepada yang baharu di Pusat Servis Apple (AASP) yang sah.

 

Menurut Encik Dep, salah seorang daripada Team AUG, ada beberapa terma yang perlu dipatuhi. Encik Dep merupakan seorang yang berpengalaman dengan urusan gantian iDevice dan pernah bekerja di salah sebuah AASP di Malaysia.

 

Antara terma dan syarat yang perlu dipatuhi ialah:-

1. Tiada modifikasi keatas unit tersebut. (Alat ganti/komponen dalaman dan luaran mestilah tidak pernah ditukar lagi)

2.) Unit mestilah set model global. Sesetengah unit, terutamanya iPhone luar negara terikat dengan syarikat telekomunikasi luar contohnya di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun dan banyak lagi tidak diterima. Hal ini kerana, model tersebut berbeza dengan model global yang digunapakai di negara-negara Asia Pasifik.

 

1. Jika iDevice anda masih dalam tempoh jaminan.

Anda boleh periksa tempoh jaminan di http://checkcoverage.apple.com. Ia akan memaparkan tarikh luput jaminan anda. Jika iDevice anda masih dalam tempoh jaminan, anda boleh segera ke AASP untuk menuntut jaminan anda. Mereka akan mendiagnosis dan mengenalpasti punca kerosakan. Jika iDevice anda layak, mereka akan segera menguruskan proses penggantian iDevice anda. Tempoh proses ini lazimnya mengambil masa seminggu dan tidak lebih daripada tiga minggu waktu bekerja. Namun, ada juga yang mendapatkannya dalam tempoh dua hari sahaja. Ia bergantung kepada proses dan stok gantian.

 

2. Jika iDevice anda sudah tamat tempoh jaminan.

Bagi unit yang mengalami kerosakan setelah habis tempoh jaminan dan unit yang “warranty void” atau jaminan terbatal, anda juga boleh dapatkan gantian dari AASP dengan bayaran tertentu. Bayaran bagi setiap model iDevice adalah berbeza. Apple akan ganti unit anda mengikut warna, model, dan kapasiti yang sama. Tiada penukaran warna, model, dan kapasiti disediakan.

 

Antara kerosakan yang akan menyebabkan jaminan anda terbatal adalah seperti berikut:-

1) Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan

2) Water damage. iDevice terjatuh/terendam dalam air lalu rosak.

3) Kerangka/badan iDevice bengkok dengan sengaja/kecuaian

4) Lekuk dan calar balar yang melampau.

 

Mulai Februari 2017, bagi produk iPhone yang hanya mempunyai masalah paparan skrin LCD (Skrin pecah/retak kerana kecuaian/sengaja/kemalangan), anda hanya perlu membayar harga yang ditetapkan untuk menukar skrin sahaja. Harga yang ditawarkan adalah lebih murah sedikit. Anda hanya dibenarkan tukar skrin sahaja dan bukan tukar iPhone baharu. Rujuk gambar di bawahAnggaran Harga Gantian

Tempoh jaminan bagi setiap peranti ialah 90 hari.

Lokasi AASP di Malaysia -> https://locate.apple.com/my/en

Nazrin

Value has a value only if its value is valued

Lihat semua artikel daripada nazrin

22 thoughts on “Tukar iDevice yang Rosak kepada yang Baru di Pusat Servis Apple

  • April 5, 2017 at 10:55 pm
    Permalink

    Biasenye kalau tukar lcd, die akan guna original produk apple ke?

    Balas
    • April 6, 2017 at 1:27 pm
      Permalink

      kalau tukar LCD melalui AASP, anda akan dapat LCD yang original serta dijamin oleh Apple

      Balas
  • April 11, 2017 at 6:04 pm
    Permalink

    Kalau screen problem , then hantar apple center, so, nnti kne bayar jugak ke untuk repair screen? warranty still ada lagi until July 2017.

    Balas
    • April 17, 2017 at 7:55 pm
      Permalink

      kalau masalah skrin yang disebabkan oleh kecuaian sendiri, memang kena bayar
      kalau masalah skrin yang bukan disebabkan oleh kemalangan/kecuaian, dapat ganti percuma

      Balas
  • October 2, 2017 at 2:44 am
    Permalink

    Jika phone sudah tidak mempunyai warranty boleh dtukar atau tidak di puasat servis iphone?? Atau ad jalan lain..

    Balas
    • November 1, 2017 at 11:38 am
      Permalink

      masih boleh cuba menghantarnya dahulu ke Pusat Servis Apple berkenaan. Harga gantian penuh mungkin akan dicadangkan kepada anda

      Balas
  • November 3, 2017 at 1:59 pm
    Permalink

    Nk tnye btl ke iphone dah xde switch one to one lg klu iphone yg bru beli tu ada maslh? Sebb bila pergi apple center mereka cakp xboleh lg dah mcmtu

    Balas
    • November 5, 2017 at 3:36 pm
      Permalink

      bergantung kepada jenis kerosakan. Sekiranya hanya rosak bateri atau skrin luaran, pihak AASP akan mencadangkan untuk mengganti bateri atau skrin sahaja.

      Gantian penuh masih ada lagi

      Balas
      • November 12, 2017 at 12:38 am
        Permalink

        Saya punya iphone 7+ ada masalah skrin atas kuning dan bawah putih skrin… resit pembelian dah hilang tp masih dlm waranty… layak tak one to one change?

        Balas
        • December 26, 2017 at 11:22 am
          Permalink

          Boleh je hantar untuk diperiksa. Kalau hanya melibatkan skrin, mungkin boleh ganti LCD sahaja. Namun begitu, pihak AASP juga berhak untuk menukarkannya kepada set gantian baharu

          Balas
        • December 26, 2017 at 11:23 am
          Permalink

          Pihak AASP mempunyai hak mutlak untuk menukar kepada set gantian baharu ataupun hanya menukar LCD sahaja

          Balas
  • November 12, 2017 at 11:38 pm
    Permalink

    sekarang iphone 8 dah klua dekat malaysia, iphone x bakal menyusul, jadi adakah anggaran harga iphone se gantian penuh akan berubah? kalai ikot harga terkini berapakah nilai yang dianggarkan? sebelum iphone 8 dikeluarkan, harga nya mencecah 1400RM, utk iphone se

    Balas
    • November 15, 2017 at 10:13 pm
      Permalink

      Maaf lambat balas, masih lagi kekal dengan harga yang lama. Data harga akan dikemas kini selepas harga anggaran WUR dan BAT iPhone X telah diketahui kelak.

      Balas
  • November 29, 2017 at 8:14 pm
    Permalink

    Sy punya Iphone 6 sudah hantar ke apple centre, katanya hardware issue. Apple bg option untuk whole unit replacement MYR 1400.00 with 3 months warranty.

    Replacement unit ni, new set atau set asal dengan gantian part shaja ya?

    Sy belum reply lg dgn apple, apa cadangan admin?

    Balas
    • December 26, 2017 at 11:19 am
      Permalink

      Set gantian ialah set baharu.
      Kalau ianya iPhone 6 128GB, berbaloi.
      Kalau kurang, ianya kurang berbaloi

      Balas
  • January 4, 2018 at 3:51 pm
    Permalink

    Assalam, mcm mane kita nk tahu n percaya kerosakan iphone disebabkn oleh liquid damage sedangkn telepon itu xpernah jatuh or terendam di dalam air, lg pun telepon itu msh lg dalam waranti,…or trick dealer iphone xnk ganti yg baru ???

    Balas
    • January 5, 2018 at 9:31 am
      Permalink

      iPhone itu anda memang beli dari mula? Dan tidak pernah digunakan oleh orang lain, bukan?
      Dalam iPhone ada penanda. Dalam dulang Kad SIM tu, anda keluarkan, nanti ada nampak, kalau berwarna merah, bermakna ianya telah kena air.

      Balas
      • January 5, 2018 at 10:18 am
        Permalink

        Mmg iphone tu sy sndri yg guna, x sampai setahun pn lg dan mmg msh dlm waranti, x sempat buka sbb dah hntr ke apple centre kt sini, asalnye dia ckp phone x blh ON disebabkn oleh software corrupted, after repair tp still x ok, then refer to hardware issue n hantar kt apple centre kt KL, report sana yg keluarkn ckp “liquid damage” pd litar…tu yg buat sy tertanya2 ???, mcm mane tetiba jer ada prob tu…

        Balas
          • January 5, 2018 at 12:23 pm
            Permalink

            Ultimate divice centre di terengganu, then di hantar ke R-six (x tahu betul x spelling) di Kl, report dikeluarkan dr sana..blh tahu kemungkinan sumber air blh msk dr mana yg slh satu tmpt nyer simcard holder yg blh menyebabkn kerosakan pd litar tersebut..

          • January 5, 2018 at 2:31 pm
            Permalink

            Tak semestinya pasal kerosakan litar. AASP tetap tak nak terima selagi penanda itu berwarna merah.
            Begini, saya cadangkan hubungi pihak Apple terus.

            Di Terengganu, memang Ultimate Devices (QCD) itu adalah salah satu AASP di Malaysia/

          • January 5, 2018 at 3:40 pm
            Permalink

            Mcm mana sy blh hubungi. Ada contact no x blh share disini…

Balas Komen kepada Nazrin Batal Balas

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *