Jailbreak Panduan

Tutorial Jailbreak iOS 11.2 – 11.3.1 dengan Electra (Windows)

Kumpulan Electra dengan rasminya telah mengeluarkan perisian jailbreak untuk semua peranti iOS 11.2 – 11.3.1. Berikut merupakan tutorial jailbreak iOS 11.2 – 11.3.1 dengan Electra (Windows).

Jailbreak ini ialah jenis Semi-Untethered. Apabila peranti anda telah habis bateri ataupun anda membuat restart atau reboot, aplikasi Cydia tidak dapat dibuka dan tidak berfungsi. Anda perlu membuat proses re-jailbreak untuk Cydia kembali berfungsi.

Jika aplikasi Electra dibuang atau telah habis tempoh yang boleh digunakan iaitu selama 7 hari sahaja (tempoh yang ditetapkan dengan perisian Cydia Impactor), aplikasi Cydia tidak boleh digunakan sehingga anda membuat balik proses re-sign aplikasi Electra.

 

Langkah-langkah jailbreak

1. Muat turun Electra

2. Muat turun Cydia Impactor. Ekstrakkan fail ke sebuah folder di luar zip. Pastikan anda telah memasang perisian iTunes yang terkini.

3. Sambungkan peranti anda kepada komputer melalui USB. Pastikan peranti anda ‘mempercayai’ komputer ini.

4. Leretkan aplikasi Electra1131-1.0-vfs.ipa yang telah dimuat turun tadi ke perisian Cydia Impactor. Jangan ubah apa-apa pun.

5. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan akaun Apple ID anda. Klik Ok.

6. Perisian Cydia Impactor akan mula memasang aplikasi Electra ke dalam peranti anda.

7. Selesai pemasangan, (pada peranti) anda pergi ke Settings > General > Device Management > Developer App >  dan tekan ‘Verify App’ pada Profile Certificate yang tertera Apple ID anda (perlukan sambungan internet untuk Verify).

8. Pastikan aplikasi Electra sudah berada pada peranti anda. Jangan buka dahulu. Hidupkan Mod Pesawat (Airplane Mode)

9. Pergi ke Settings > Siri > Tutup semua fungsi. Pastikan juga Wi-Fi, Bluetooth & Data Selular dimatikan sepenuhnya.

10. Reboot. (Matikan dan hidupkan semula peranti)

11. Cabut kabel dari peranti anda.

12. Selepas peranti hidup semula, letak kod laluan peranti / kad SIM. Buang semua aplikasi dari laman peralihan aplikasi (Switcher).

13. Tunggu satu minit.

14. Buka aplikasi Electra.

15. Anda boleh pilih untuk jailbreak dengan tweaks ataupun tanpa tweaks. (Tweak boleh dimuat turun kemudian, dinasihatkan untuk memilih jailbreak tanpa tweak). Tekan jailbreak.

16. Jika tidak berjaya, ia akan mati dan hidup semula dengan sendiri. Jika berjaya dan melepasi semua tiga tahap proses jailbreak, peranti anda akan respring.

 

Bagi yang tidak berjaya

1. Jangan tutup peranti anda. Terus buka aplikasi Electra dan jailbreak semula.

2. Jika ada notis ralat EXPLOIT atau ROOTMOUTF, maka bolehlah buat semula langkah 10 di atas.

3. Jika Cydia tidak muncul di skrin utama, buka SSH melalui PuTTy di Windows. Anda perlukan hidupkan Wi-Fi pada peranti.

4. Gunakan alamat IP peranti anda dengan Port 22.

5. Log masuk sebagai root dan kata laluan: alpine

6. Taip uicache. Tekan Enter.

7. Tentu ada Cydia di menu semula.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.