Tutorial Jailbreak iOS 5.1.1 (Windows) [Absinthe]

Sebelum jailbreak, baca dengan teliti, berulang kali & pastikan:

 

  • iDevice yang menyokong dan menggunakan iOS 5.1.1 sahaja yang boleh jailbreak
  • ***kabel mesti yang original
  • ***pastikan kata laluan passcode Lockscreen telah dinyahdayakan dan VPN dipadam
  • ***matikan Find My iPhone pada Setting > iCloud > Find My iPhone > Off
  • ***hidupkan Airplane Mode
  • ***pastikan bateri mempunyai kapasiti 50% ke atas sebelum mulakan jailbreak
  • ***matikan antivirus jika antivirus mengesan perisian jailbreak sebagai ‘harmful/malware‘, lepas siap hidupkan kembali
  • ***matikan perisian iTunes sebelum mula dan ketika proses jailbreak

 

1. Muat turun fail Absinthe 2.0.4: 

– Windows: https://sites.google.com/site/greenpois0nabsinthe/absinthe-win-2.0.4.zip?attredirects=0&d=1

 

2. Selesai muat turun, ekstrak fail absinthe-windows-2.0.4.exe dan buka folder absinthe-win-2.0.4.

 

 

3. Right-hand click pada fail absinthe-windows-2.0.4.exe dan klik “Run As Administrator“.

Selepas itu akan keluar satu tetingkap Command Prompt untuk muat turun perisian jailbreak yang sebenarnya dalam bentuk folder.

 

 

4. Selesai muat turun buka folder absinthe-windows-2.0.4. Dalam folder tersebut terdapat persian jailbreak Absinthe yang sebenarnya.

Right-hand click pada fail Absinthe.exe dan klik “Run As Administrator”.

 

 

5. Tetingkap Absinthe akan keluar dan menyuruh anda untuk menyambungkan idevice ke komputer.

 

 

6. Selepas Absinthe telah kenal pasti idevice anda, klik Jailbreak.

 

 

7. Tunggu perisian Absinthe selesai jailbreak yang mengambil masa dalam 5 hingga 10 minit. Jangan buat apa-apa pada idevice semasa proses jailbreak itu.

 

 

8. Perisian Absinthe akan beritahu “Done, enjoy!“. Tahniah anda telah berjaya jailbreak idevice anda.

 

 

9. iDevice anda akan reboot dan aplikasi Cydia ada pada homescreen.

 

 

10. Tekan pada aplikasi Cydia dan biarkan ia loading sampai habis, nanti idevice akan reboot secara automatik.

 

 

11. Selesai reboot, tekan balik aplikasi Cydia dan pergi ke Changes. Tekan Refresh.

 

 

12. Kemaskinikan satu per satu package/extension jika ada.

 

 

13. Selesai semua di atas dan anda boleh mulakan muat turun tweak, themes, add source dan sebagainya.

 

 

14. Jangan lupa untuk hidupkan kembali Find My iPhone, tambah passcode lockscreen.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *