Tutorial Jailbreak iOS 6.1.3-6.1.6 (Mac) [P0sixspwn]

Sebelum jailbreak, baca dengan teliti, berulang kali & pastikan:

 

  • iDevice yang menyokong dan menggunakan iOS 6.1.3-6.1.6 sahaja yang boleh jailbreak
  • ***kabel mesti yang original
  • ***pastikan kata laluan passcode Lockscreen telah dinyahdayakan dan VPN dipadam
  • ***matikan Find My iPhone pada Setting > iCloud > Find My iPhone > Off
  • ***hidupkan Airplane Mode
  • ***pastikan bateri mempunyai kapasiti 50% ke atas sebelum mulakan jailbreak
  • ***matikan antivirus jika antivirus mengesan perisian jailbreak sebagai ‘harmful/malware‘, lepas siap hidupkan kembali
  • ***matikan perisian iTunes sebelum mula dan ketika proses jailbreak

 

1. Muat turun P0sixspwn versi Mac:- http://p0sixspwn.com/

 

 

2. Selesai muat turun, ekstrak fail p0sixspwn-v1.0.X-osx.zip dan perisian p0sixspwn akan muncul.

 

 

3. Klik dua kali pada perisian p0sixspwn.

 

 

4. Tetingkap p0sixspwn akan keluar dan menyuruh anda untuk menyambungkan idevice ke komputer.

 

 

5. Selepas p0sixspwn telah kenal pasti idevice anda, klik Jailbreak.

 

 

6. P0sixspwn akan mulakan proses jailbreak. Tak perlu buat apa-apa pada idevice anda sehingga disuruh.

 

 

7. Habis sahaja jailbreak, p0sixspwn akan tertera “Your Device Is Now Jailbroken. It Is now preparing to reboot automatically”. Tahniah anda telah berjaya jailbreak idevice anda. Tutup p0sixpwn.

 

 

8. iDevice anda akan reboot dan aplikasi Cydia ada pada homescreen.

 

 

9. Tekan pada aplikasi Cydia dan biarkan ia loading sampai habis, nanti idevice akan reboot secara automatik.

 

 

10. Selesai reboot, tekan balik aplikasi Cydia dan pergi ke Changes. Tekan Refresh.

 

 

11. Kemaskinikan satu per satu package/extension jika ada.

 

 

12. Selesai semua di atas dan anda boleh mulakan muat turun tweak, themes, add source dan sebagainya.

 

 

13. Jangan lupa untuk hidupkan kembali Find My iPhone, tambah passcode lockscreen.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *