Tutorial Jailbreak iOS 7.1-7.1.2 (Windows) [Pangu]

Sebelum jailbreak, baca dengan teliti, berulang kali & pastikan:

 

  • iDevice yang menyokong dan menggunakan iOS 7.1-7.1.2 sahaja yang boleh jailbreak
  • ***kabel mesti yang original
  • ***pastikan kata laluan passcode Lockscreen telah dinyahdayakan dan VPN dipadam
  • ***matikan Find My iPhone pada Setting > iCloud > Find My iPhone > Off
  • ***hidupkan Airplane Mode
  • ***pastikan bateri mempunyai kapasiti 50% ke atas sebelum mulakan jailbreak
  • ***matikan antivirus jika antivirus mengesan perisian jailbreak sebagai ‘harmful/malware‘, lepas siap hidupkan kembali
  • ***matikan perisian iTunes sebelum mula dan ketika proses jailbreak

 

1. Muat turun Pangu versi Windows:- http://en.7.pangu.io/

 

 

2. Selesai muat turun, ekstrak fail Pangu_v1.X.X.zip.

 

 

3. Kemudian perisian Pangu_v1.X.X.exe akan muncul. Right-hand click pada fail Pangu_v1.X.X.exe dan klik “Run As Administrator“.

 

 

4. Tetingkap Pangu_v1.X.X akan keluar dan menyuruh anda untuk menyambungkan idevice ke komputer.

 

 

5. Selepas Pangu_v1.X.X telah kenal pasti idevice anda, klik Jailbreak (Kotak Hitam B).

 

 

6. Kemudian Pangu_v1.X.X akan menyuruh anda untuk ubah tarikh idevice anda.

 

7. Pergi ke Settings > General > Date & Time >:
A. Set Automatically kepada Off
B. Set tarikh mengikut pada perisian Pangu_v1.X.X.
8. Selesai tukar tarikh, Pangu_v1.X.X akan mulakan proses jailbreak.

9. Kemudian, cari dan tekan pada aplikasi ‘Pangu’ di homescreen. Tekan Continue.

 

 

10. Perisian Pangu_v1.X.X akan sambung kembali proses jailbreak sehingga selesai. Tahniah anda telah berjaya jailbreak idevice anda. 

 

 

11. iDevice anda akan reboot dan aplikasi Cydia ada pada homescreen.

 

 

12. Tekan pada aplikasi Cydia dan biarkan ia loading sampai habis, nanti idevice akan reboot secara automatik.

 

 

13. Selesai reboot, tekan balik aplikasi Cydia dan pergi ke Changes. Tekan Refresh.

 

 

14. Kemaskinikan satu per satu package/extension jika ada.

 

 

15. Selesai semua di atas dan anda boleh mulakan muat turun tweak, themes, add source dan sebagainya.

 

 

16. Jangan lupa untuk hidupkan kembali Find My iPhone, tambah passcode lockscreen.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *