Tutorial Jailbreak iOS 9.0-9.1 (Windows) [Pangu]

Sebelum jailbreak, baca dengan teliti, berulang kali & pastikan:

 

  • iDevice yang menyokong dan menggunakan iOS 9.0-9.1 sahaja yang boleh jailbreak
  • ***kabel mesti yang original
  • ***pastikan kata laluan passcode Lockscreen telah dinyahdayakan dan VPN dipadam
  • ***matikan Find My iPhone pada Setting > iCloud > Find My iPhone > Off
  • ***hidupkan Airplane Mode
  • ***pastikan bateri mempunyai kapasiti 50% ke atas sebelum mulakan jailbreak
  • ***matikan antivirus jika antivirus mengesan perisian jailbreak sebagai ‘harmful/malware‘, lepas siap hidupkan kembali
  • ***matikan perisian iTunes sebelum mula dan ketika proses jailbreak

 

1. Muat turun Pangu versi Windows:- http://en.9.pangu.io/

 

 

2. Selesai muat turun, Right-hand click pada fail Pangu9_v1.X.X.exe dan klik “Run As Administrator“.

 

 

3. Tetingkap Pangu9_v1.X.X.exe akan keluar dan menyuruh anda untuk menyambungkan idevice ke komputer.

 

 

4. Jika keluar macam ni (jika tak ada skip ke step 5), Pangu menyuruh anda untuk membuka idevice dan tekan Trust untuk membolehkan komputer akses idevice anda.

 

 

5. Selepas Pangu9_v1.X.X.exe telah kenal pasti idevice anda, klik Start.

 

 

6. Baca dan pastikan semuanya telah ikut dan klik Already Backup.

 

 

7. Pangu akan mulakan proses jailbreak dan anda tak perlu buat apa-apa sehingga disuruh.

 

 

8. Pangu akan berhenti pada 65% serta iDevice anda akan reboot dan Pangu minta untuk hidupkan Airplane Mode di Control Center pada idevice anda sekali lagi. 

9. Pada 75%, Pangu akan berhenti sekali lagi dan menyuruh anda untuk membuka idevice dan masuk ke dalam homescreen idevice anda dan tekan pada aplikasi Pangu sahaja, aplikasi WWDC tak perlu tekan.

 

 

10. Dalam aplikasi Pangu tersebut, tekan Accept untuk Pangu akses pada photo library idevice anda.

11. Tekan Ok dan tak perlu buat apa-apa pada idevice anda langsung.

12. Pangu akan sambung kembali jailbreak dan Pangu menunjukkan “Jailbreak completed” bermaksud proses jailbreak telah selesai.

13. iDevice anda akan reboot dan aplikasi Cydia ada pada homescreen.

 

 

14. Tekan pada aplikasi Cydia dan biarkan ia loading sampai habis, nanti idevice akan reboot secara automatik.

 

 

15. Selesai reboot, tekan balik aplikasi Cydia dan pergi ke Changes. Tekan Refresh.

 

 

16. Kemaskinikan satu per satu package/extension jika ada.

 

 

17. Selesai semua di atas dan anda boleh mulakan muat turun tweak, themes, add source dan sebagainya.

 

 

18. Jangan lupa untuk hidupkan kembali Find My iPhone, tambah passcode lockscreen.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *