Tutorial Jailbreak iOS 9.2-9.3.3 (Mac) [Pangu] {Valid 1 Tahun}

Sebelum jailbreak, baca dengan teliti, berulang kali & pastikan:

  • -> iDevice yang menyokong iOS 9.2-9.3.3 64bit sahaja yang boleh jailbreak
    64bit:
    – iPhone 5s, iPhone 6, iPhone 6+, iPhone 6s, iPhone 6s+, iPhone SE
    – iPad Air, iPad Air 2, iPad Pro,
    – iPod Touch 6th Gen,
    – iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 4.
    Selain dari idevice yang diatas iaitu idevice 32bit & 128bit belum boleh jailbreak lagi DAN Pangu sudah keluarkan kenyataan yang dorang belum ada perancangan untuk mengeluarkan jailbreak ini untuk idevice 32bit & 128bit dan jenis Untethered
  • ***kabel mesti yang original
  • ***pastikan kata laluan passcode Lockscreen telah dinyahdayakan dan VPN dipadam
  • ***matikan Find My iPhone pada Setting > iCloud > Find My iPhone > Off
  • ***hidupkan Airplane Mode
  • ***pastikan bateri mempunyai kapasiti 50% ke atas sebelum mulakan jailbreak
  • ***matikan antivirus jika antivirus mengesan perisian jailbreak sebagai ‘harmful/malware‘, lepas siap hidupkan kembali
  • ***matikan perisian iTunes sebelum mula dan ketika proses jailbreak
Penerangan:
-> Jailbreak ini ialah jenis Semi-Tethered/Semi-Untethered bermaksud jailbreak ini ialah separa stabil. Bila anda restart atau reboot ataupun bateri habis, Cydia tidak akan berfungsi dan crash jadi anda perlu buat re-jailbreak menggunakan aplikasi Pangu untuk Cydia kembali berfungsi. Jika tak ada aplikasi Pangu, Cydia tidak boleh digunakan sehingga anda buat re-jailbreak guna aplikasi Pangu. Kalau ter delete, boleh buat balik sign app Pangu ikut step 1-9 di bawah. Kalau masih tak ada, kena buat restore & jailbreak lagi sekali.
 ⠀
+ Cara ini ialah menggunakan Apple ID anda untuk install app ‘NvwaStone_1.X.ipa’ kemudiannya bertukar menjadi aplikasi Pangu dengan memasang profile certificate (anda boleh juga guna Apple ID lain yang sah) untuk memasang jika tak mahu guna Apple ID anda atas faktor keselamatan (alamat, nombor telefon dan sebagainya). Cara ini menggunakan perisian yang sah selama 1 tahun bermaksud app Pangu yang ada pada homescreen boleh dibuka dan digunakan untuk re-jailbreak selama 1 tahun sebab menggunakan Enterprise Developer Certificate.
Sebenarnya bukanlah valid selama 1 tahun tapi sampai bulan April 2017 sahaja, sama seperti perisian versi Chinese cuma yang perisian versi English ini lagi mudah berbanding perisian versi Chinese dan beza bahasa sahaja. Selepas April 2017 macam mana? Mungkin waktu tu Pangu akan keluarkan jenis Untethered untuk jailbreak ni iOS 9.2-9.3.3 atau Pangu akan versi terbaru yang dilanjutkan selama setahun lagi ataupun Pangu telah keluarkan untethered jailbreak untuk iOS 10 sebab sekarang ini mungkin Pangu tengah fokus untuk jailbreak iOS 10 dan iOS 10 akan keluar tidak sampai dua bulan lagi.
 ⠀
Jika Apple ID anda berdaftar dan melanggan dengan Apple Developer $99 setahun atau Apple Enterprise Developer, profile certificate dan aplikasi Pangu itu akan bertahan selama 1 tahun bermaksud, profile anda akan lebih lanjut dari (April 2017) menggunakan cara Pangu ini berdasarkan tarikh anda perbaharui langgan Apple Developer anda.
 ⠀
***sign – extract app NvwaStone_1.X.ipa untuk install app Pangu
***re-sign – reinstall kembali aplikasi Pangu sahaja, Cydia, tweak yang install tak efek
***re-jailbreak – aktifkan kembali jailbreak untuk Cydia boleh dibuka dan digunakan kembali
 ⠀
 ⠀
*#****#* PENTING UNTUK YANG DAH JAILBREAK VALID 7 HARI DAN NAKKAN 1 TAHUN INI
Bagi yang dah jailbreak sebelum ni yang valid 7 hari untuk dapatkan valid 1 tahun ini, anda boleh buat re-sign dengan:
1. Ulangi balik langkah 1 sampai ke langkah 9 di bawah
2. Selesai re-sign, sila restart idevice anda untuk nyak-aktif jailbreak
3. Selesai restart buka aplikasi Pangu, tick “Use embedded certificate effective until April 2017
4. Buat re-jailbreak & Cydia boleh digunakan balik seperti biasa
Atau ikut balik langkah 1-9 & 11-17 (langkap 10 tak payah buat, ganti dengan restart idevice) kalau tak paham step di atas.
 ⠀
*#****#* UNTUK YANG JAILBREAK GUNA PPHELPER VALID 1 TAHUN DAN NAK TUKAR KE PANGU VERSI ENGLISH INI
1. Tak perlu buat restore lagi sekali, boleh sign app Pangu versi English ini walaupun ada app PP盘古越狱 / PP Pangu Team dalam idevice. Cydia, tweak tak hilang bila buat cara ni
2. Perlu buat dari langkah 1 sampai ke langkah 9 di bawah untuk sign app Pangu
3. Selesai sign, sila restart idevice anda untuk nyak-aktif jailbreak
4. Selesai restart buka app Pangu, tick “Use embedded certificate effective until April 2017”
5. Buat re-jailbreak & Cydia boleh digunakan balik seperti biasa
6. Delete app PP盘古越狱 / PP Pangu Team di homescreen dan guna app Pangu versi English
Atau ikut balik langkah 1-9 & 11-17 (langkah 10 tak payah buat, ganti dengan restart idevice) kalau tak paham step di atas.
 ⠀
 ⠀
1. Muat turun:
– aplikasi NvwaStone_1.X.ipa = KLIK SINI
 
– Cydia Impactor untuk Windows = http://www.cydiaimpactor.com/
2. Selesai muat turun, klik dua kali pada fail Impactor_0.9.XX.dmg tersebut.
3. Satu tetingkap akan keluar dan klik dua kali pada Impactor.app.
4. Tetingkap Cydia Impactor akan keluar dan sambungkan idevice ke komputer serta tekan “Trust” pada idevice (jika keluar dan diminta).
5. Drag & drop aplikasi NvwaStone_1.X.ipa yang dimuat turun tadi ke dalam Cydia Impactor. Jangan ubah apa-apa sekali pun.
6. Klik Ok untuk teruskan.
7. Masukkan e-mel Apple ID anda. Klik Ok.
8. Masukkan kata laluan Apple ID anda. Klik Ok.
9. Cydia Impactor akan mula install aplikasi NvwaStone_1.X.ipa ke dalam idevice anda dan bertukar menjadi app Pangu. Jika ada masalah, mungkin Apple ID atau Password anda salah dan sila mulakan kembali dari langkah 1.

10. Selesai install, pada idevice anda pergi ke Settings > General > Device Management dan tekan trust untuk Profile Certificate yang tertera Apple ID anda (perlukan sambungan internet untuk trust).

– semasa nak trustprofile certificate itu berada dalam kategori Developer App. Nanti akan tukar pada Enterprise App selepas selesai siap jailbreak.
11. Kemudian pergi ke homescreen idevice anda, cari dan buka aplikasi Pangu.
12. Tekan Ok.
13. Tandakan pada “Use embedded certificate effective until April 2017”, pastikan tanda itu berwarna putih dan bukannya warna kelabu. Jika tidak buat maka aplikasi Pangu tidak akan sah sampai April 2017.
14. Tekan Start untuk mulakan proses jailbreak, tunggu dalam 10-20 saat dan masuk ke dalam lockscreen (tekan butang power).
⠀⠀
⠀⠀
15. Abaikan error storage full dan sebagainya.
⠀⠀
16. iDevice anda akan reboot dan Cydia ada pada homescreen. Tahniah anda telah berjaya jailbreak.
17. Anda boleh tengok balik profile certificate pada Setting > General > Device Management dan ia berada dalam kategori Enterprise App bermaksud aplikasi Pangu boleh digunakan sampai April 2017.
18. Keluar ke homescreen dan tekan pada aplikasi Cydia dan biarkan ia loading sampai habis, nanti idevice akan reboot secara automatik.

19. Selesai reboot, tekan balik aplikasi Cydia dan pergi ke Changes. Tekan Refresh dan kemaskinikan satu per satu package/extension jika ada.

 

 

20. Selesai semua di atas dan anda boleh mulakan muat turun tweak, themes, add source dan sebagainya.

 

21. Jangan lupa untuk hidupkan kembali Find My iPhone, tambah passcode lockscreen.

 

22. Bagaimana jika idevice restart atau reboot ataupun habis bateri?
A. Buka idevice anda, cari aplikasi Pangu dan buka aplikasi Pangu.
B. Tekan Start untuk mulakan proses jailbreak, tunggu dalam 10-20 saat dan masuk ke dalam lockscreen (tekan butang power). Abaikan error storage full dan sebagainya.
C. iDevice anda akan restart, masuk ke homescreen dan Cydia boleh masuk serta boleh digunakan kembali.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *