Tutorial Untuk Keluar Dari Program Public Beta Bagi Pengguna Berdaftar

Apabila anda mendaftar dengan program Public Beta ini (<- tutorial), anda akan mendapat kemas kini versi beta dengan secara automatik pada peranti anda. Bagi pengguna yang sudah tidak mahu untuk menerima dan membuat kemas kini versi Public Beta ini anda perlu mengikut tutorial di bawah.

Apple ID:
Untuk keluar dari program Public Beta ini sepenuhnya, anda perlu membuatnya pada akaun Apple ID anda. Setelah keluar, sebarang emel tidak lagi diterima dan maklum balas tidak boleh dibuat menggunakan aplikasi Feedback.

Jika anda hanya tidak mahu menerima kemas kini versi Public Beta pada peranti sahaja, teruskan kepada langkah ke-5.

1. Buka laman web ini dan masukkan akaun Apple ID dan kata laluan anda, tekan Sign In: idmsa.apple.com

2. Selesai Sign In, tatal ke bawah sekali dan tekan ‘Leave Apple Beta Software Program >’.

3. Tekan Leave Program.

4. Tahniah anda telah berjaya keluar dari program Public Beta ini.

5. Kemudian anda perlu mengikuti langkah di bawah pada peranti masing-masing untuk tidak mahu lagi menerima kemas kini versi Public Beta ini.

A. iOS:
A1. Untuk berhenti menerima kemas kini versi Public Beta ini, anda perlu membuangkan profile certificate pada peranti iOS anda dengan pergi ke: Settings > General > Profile dan tekan pada profile certificate tersebut.

A2. Tekan Delete Profile > Delete dan masukkan passcode jika diminta. Peranti iOS anda tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini versi Public Beta dan akan senantiasa menerima kemas kini versi Umum/Public seperti sebelum ini.

A3. Bagi yang nak pergi (downgrade) ke iOS Umum/Public yang sedia ada (bermaksud tak mahu menggunakan versi Public Beta ini lagi), anda perlu membuat restore iOS di itunes.

B. macOS:
B1. Pergi ke System Preferences > App Store pada komputer Mac anda.

B2. Pada “Your computer is set to receive beta software updates”, klik Change.

B3. Anda akan ditanya untuk ditunjukkan atau menyembunyikan kemas kini versi Public Beta ini. Klik “Do Not Show Beta Software Updates”. Komputer Mac anda tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini versi Public Beta dan akan senantiasa menerima kemas kini versi Umum/Public seperti sebelum ini.

C. tvOS:
C1. Pada Apple TV anda, pergi ke Settings > System > Software Update > dan tetapkan Get Public Beta Updates kepada Off.

2. Apple TV anda tidak lagi akan menerima sebarang kemas kini versi Public Beta dan akan senantiasa menerima kemas kini versi Umum/Public seperti sebelum ini. Tunggu kemas kini versi Umum/Public rasmi yang seterusnya.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *