tvOS 11 Akan Datang Mungkin Akan Menyertakan Fungsi Log Masuk Multi-Pengguna Dan Video Gambar-dalam-Gambar

Apple semakin dekat untuk memperkenalkan sistem operasi tvOS 11 (bersama-sama dengan iOS 11, macOS 10.13 dan watchOS 4) pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) pada bulan Jun ini tapi tidak banyak info dan maklumat tentang fungsi terbaru pada kesemua sistem operatsi tersebut.

Menurut sumber dan laporan tidak rasmi daripada The Verifier menyatakan, Apple TV akan dikemas kinikan dengan fungsi tembahan yang baharu iaitu fungsi video Gambar-dalam-Gambar dan mod multi-pengguna.

   

Ini ditunjukkan seperti mockups yang disediakan pada laman web tersebut dengan memaparkan sistem operasi tvOS 11 mempunyai halaman untuk log masuk multi-pengguna bagi akaun pengguna yang lain. Apabila memilih salah satu akaun, pengguna akan nampak senarai lagu yang dibuat dalam Music, melihat iCloud Photo Library milik peribadi dalam Photos dan menukarkan halaman paparan skrin untuk menunjukkan aplikasi dan susunan mengikut tetapan pengguna serta banyak lagi.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *