Twitter Lite Diperkenalkan, Versi Twitter Yang Lebih Ringan Berasaskan Web

Twitter kini memudahkan pengguna untuk kekal menggunakan Twitter walaupun ketika anda sedang menghadapi sambungan data yang lemah.

Syarikat itu memperkenalkan Twitter Lite berasaskan web yang telah dioptimasikan pada halaman versi mudah alih Twitter dengan penjimatan penggunaan data dan menjadikan versi Twitter lebih ringan semasa sambungan data yang lemah dan lambat. Anda boleh mengakses Twitter Lite ini mengunakan pelayar web yang ada pada peranti telefon pintar anda.

Dengan Twitter Lite juga, ia tidak menggunakan ruang yang besar pada kapasiti peranti telefon pintar. Anda juga boleh menetapkan penggunaan data yang membolehkan media pada tweet tidak dipaparkan secara automatik.

Bagi yang berminat untuk menggunakan Twitter Lite ini, anda boleh membuka pautan di bawah pada pelayar web peranti telefon pintar anda ketika menghadapi sambungan data yang lemah ataupun pada waktu kecemasan.

 

Pautan Twitter Lite: mobile.twitter.com

Sumber: Twitter

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *