Twitter Memperkenalkan Kotak Mesej ‘Request’ – Menyaring Mesej Daripada Akaun Tidak Diikuti

Menerima mesej daripada Direct Message (DM) pada Twitter merupakan salah satu cara untuk berhubung dengan rakan, ahli keluarga dan juga pengguna lain seperti membuat urusan jual beli, pertanyaan dan sebagainya. Namun, apabila menetapkan menerima mesej daripada semua orang, ada juga mesej berbaur hasutan, ugutan, lucah dan sebagainya yang dihantar ke akaun anda.

Hari ini Twitter telah memperkenalkan kotak mesej ‘Request’ yang berfungsi untuk menyaring mesej yang dihantar oleh akaun yang tidak anda ikuti. Jika ‘DM’ anda dibuka dan akaun sesorang yang anda tidak ikuti telah menghantar mesej kepada anda, mesej tersebut akan dimasukkan ke dalam Request. Dari situ, anda boleh memilih untuk menerima atau tidak menerima mesej tersebut.

Bagi akaun yang anda ikuti, mesej tersebut akan dimasukkan ke dalam kotak mesej yang biasa seperti sebelum ini tetapi, jika anda hanya memadamkan mesej berbaur di atas, akaun tersebut masih boleh menghantar mesej kepada anda kecuali anda Mute atau Block akaun tersebut. Dengan ciri ini, pengguna boleh melindungi diri mereka daripada mesej yang tidak diingini.

Menurut Twitter, ciri ini dikeluarkan kepada pengguna tertentu buat masa kini yang menggunakan aplikasi iOS dan Android versi terkini dan akan dikeluarkan kepada semua pengguna pada bulan hadapan bagi yang belum dapat serta untuk pengguna Twitter versi web. Ini kerana tidak semua boleh menikmati dan menggunakan ciri disebabkan setiap ciri dan fungsi terbaru tidak dikeluarkan untuk semua pengguna dalam sekali gus – perlu menunggu kemas kini versi akan datang atau ikut cara di bawah:

1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Twitter.

2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.

3. Ulangi cara 1-2 berulang kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Twitter.

 

Sumber: Twitter

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *