Twitter Menambahkan Fungsi Menghapus Pengumpulan Salinan Data

Twitter hari ini telah mengeluarkan kemas kini aplikasi Twitter untuk iOS yang memberi pengguna untuk mengawal jumlah penyimpanan salinan data dikumpul pada aplikasi tersebut. Fungsi ini berfungsi untuk menghapuskan pengumpulan salinan data atau ‘data cache‘ yang boleh membuatkan memori peranti idevice menjadi penuh jika tidak dihapuskan (bergantung pada jumlah data yang ada). Anda boleh kemas kini aplikasi Twitter ke versi 6.73.1 ke atas di App Store untuk menggunakan fungsi ini.

‘Data cache‘ ialah pengumpulan salinan data sementara yang digunakan bagi mengoptimalkan proses loading. Contohnya, anda menggunakan aplikasi Twitter dan anda memainkan video. Video tersebut akan dimuat turun, disimpan pada memori peranti dan barulah dimainkan, sama juga seperti gambar dan data yang lain. Sebelum ini, cara untuk menghapuskan data cache ini  hanya boleh dihapuskan dengan membuang dan memasang (reinstall) kembali aplikasi atau menggunakan perisian seperti PhoneClean ataupun menggunakan proses restore di iTunes. Jika data cache dihapuskan, data itu akan dimuat turun balik semasa dibuka atau dimainkan.

Fungsi ini sangat diterima baik bagi pengguna yang aktif menggunakan aplikasi Twitter disebabkan tiada benda nak buat yang akan mengumpul sejumlah data cache yang banyak. Untuk menggunakan fungsi ini, anda boleh pergi ke direktori:

  • Profil akaun dan tekan ikon gear > Settings > Data Usage > Storage dan dibawah itu anda boleh memilih untuk membuang data media ataupun data sesawang.

Ada sebahagian pengguna yang tidak sama direktori seperti di atas dan perlu pergi ke direktori:

  • Profil akaun dan tekan ikon gear > Settings > Storage

Aplikasi Twitter untuk iOS boleh dimuat turun di App Store secara percuma.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *