Twitter Mengaktifkan Rekaan Halaman Baharu Pada Semua Platform

Rekaan minimalism / minimal merupakan salah satu daripada medium seni dengan stail yang agak ringkas dan ‘ringan’ untuk dilihat. Rekaan ini boleh dilihat pada semua aspek seperti rekaan iOS 7 sehingga iOS 10 kini yang menggunakan rekaan minimal misalnya. Semalam, Twitter telah memperkenalkan rekaan baharu mereka kepada umum serta mengaktifkannya untuk semua platform pengguna.

Rekaan rasmi Twitter untuk semua platform telah diberikan nafas baru untuk memudahkan pengguna menggunakannya. Terdapat beberapa perubahan pada:

profil, akaun tambahan, tetapan dan privasi – kini semuanya dalam satu tempat yang terletak pada menu navigasi sisi dan mengurangkan tab pada bawah aplikasi. 

pautan untuk artikel dan laman web kini menggunakan paparan Safari dalam aplikasi Twitter iOS. Rekaan gambar profil juga ditukar kepada bentuk bulat, tidak lagi petak seperti sebelum ini.

tulisan tipografi yang baru untuk menampakkan tulisan dengan lebih jelas dan tajuk dengan tulisan tebal bagi memfokuskan pada perkara / berita tersebut. Semua ikon dan simbol seperti Reply, Retweet dan Like telah ditukar untuk lebih kemas.

paparan gambar latar belakang kini akan mengikut warna dominan pada gambar.

Tweet kini dikemas kini untuk menunjukkan kiraan Reply, Retweet dan Like secara langsung dan tidak perlu untuk ‘manual refresh’ seperti sebelum ini.

mempunyai tetapan high-contrast mode untuk memudahkan pengguna melihat kandungan dengan menggelapkan tulisan dan warna lain.

paparan keseluruhan (tekan untuk lihat terperinci):

Rekaan ini telah pun diaktifkan pada platform laman web mereka dan untuk aplikasi iOS anda perlu mengemaskini kepada versi 7.0 yang baru sahaja dilepaskan semalam di App Store. Bagi yang tidak mendapat rekaan baharu ini adalah disebabkan ia dikeluarkan kepada pengguna tertentu buat masa kini dan akan dikeluarkan kepada semua pengguna pada hari berikutnya atau minggu hadapan dan tidak dikeluarkan untuk semua pengguna dalam sekali gus – perlu menunggu kemas kini versi akan datang atau ikut cara di bawah:

1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Twitter.

2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.

3. Ulangi cara 1-2 berulang kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Twitter.

 

Untuk rekaan laman web pula:

 

Sumber: Twitter

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *