Perbandingan

Ujian Fotografi Cahaya Rendah iPhone X Menunjukkan Penambahbaikan Berbanding iPhone 7 Plus

iPhone 7 Plus ialah merupakan model peranti iPhone pertama Apple yang mula menggunakan dan bercirikan dwi-kamera. Kedua-dua kamera tersebut mempunyai fungsi masing-masing, lensa telefoto dan lensa sudut luas (wide angle) merupakan ciri baharu bagi iPhone pada tahun lepas dan turut disertakan pada model iPhone tahun ini juga.

Satu ujian telah dilakukan untuk menguji keupayaan peranti Apple baharu dan premium iaitu iPhone X dengan iPhone 7 Plus untuk menguji kebolehan model iPhone yang baharu ini dalam fotografi bercahaya rendah (low-light photography) bagi kedua-dua lensa tersebut.

Dalam ujian yang dilakukan oleh pereka dari Studio Neat, Dan Provost menunjukkan lensa telefoto pada iPhone X tidak diaktifkan sepenuhnya apabila digunakan. Ketika suasana gelap atau malam, sistem iOS akan menggunakan dan memotong (crop) gambar daripada lensa sudut luas untuk mengekal kualiti gambar dengan noise dan kabur yang tidak banyak.

Selain itu, beliau juga membuat ujian untuk melihat kelajuan menukar kepada lensa telefoto dengan cahaya yang diperlukan bagi penukaran tersebut. iPhone X menunjukkan kelajuan pantas yang hanya memerlukan cahaya 16 lux berbanding iPhone 7 Plus dengan cahaya 88 lux untuk menukar kepada lensa telefoto daripada lensa sudut luas.

“I placed an object (in this case, an old Rolleiflex camera) on a white backdrop, and flanked it on both sides with two LED studio lights. I set up the iPhone 7 Plus and iPhone X on tripods (using the Glif, natch) and positioned them to keep the framing as similar as possible. Then, starting from a completely dark room, I slowly raised the light levels and observed when the lens switched on each camera. The results are in the video below.” 

Seperti yang sedia maklum, iPhone sangatlah teruk apabila dalam fotografi cahaya rendah dan mempunyai banyak noise ketika menangkap gambar pada waktu malam atau gelap apatah lagi dengan lensa telefoto tapi kesemuanya juga terletak pada pemahaman dan teknik serta skil seseorang tersebut.

Kualiti serta resolusi yang dihasilkan oleh kamera iPhone sememangnya bertambah dengan lebih baik dari tahun ke tahun tetapi masih tidak dapat menandingi pesaing-pesaing yang lain seperti Google Pixel 2 XL yang mempunyai kamera paling terbaik dalam pasaran telefon pintar flagship.

Anda boleh membaca ulasan dan penyelidikan lengkap yang dilakukan oleh Dan Provost mengenai penggunaan lensa telefoto ini pada iPhone di sini.

 

Sumber artikel: MacRumors

Haziq Harun

Nothing great was ever achieved without enthusiasm.

Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.