[Ulasan] Moment – Membantu Menjejaki Penggunaan iPhone Anda

Moment mula mendapat perhatian sejak tahun lepas setelah versi 3.0 dilancarkan. Aplikasi ini telah dikemas kini sekali lagi pada 30 April 2017 kepada versi 3.2. Aplikasi yang dibina oleh Kevin Holesh ini sangat berguna terutamanya kepada pengguna iPhone atau peranti iOS yang lain.

Walaupun Apple mempunyai tetapan tersendiri untuk penggunaan bateri, data yang ditunjukkan tidak bergitu terperinci jika dibandingkan dengan aplikasi Moment ini. Saya menggunakan moment semenjak Julai tahun lepas dan aplikasi ini sangat membantu dalam menjejak penggunaan telefon bimbit saya. Berikut adalah screenshot daripada aplikasi Moment.

Pandangan utama bagi aplikasi Moment.

Gambar di paling kiri menunjukkan jumlah masa anda menggunakan iphone pada hari ini. Di bawahnya menunjukkan history (sejarah) penggunaan anda. Gambar di tengah dan terakhir pula menunjukkan maklumat yang terperinci tentang penggunaan iPhone anda iaitu jumlah jam bagi penggunaan aplikasi tertentu (ops kantoi masih main Clash of Clans) dan penggunaan peranti dari jam ke jam lain.

Tab ‘Insight’

Dalam kemas kini terbaru Moment 3.2, tab ‘Insight’ diperkenalkan dan di sini anda boleh melihat data anda secara lebih menarik. Anda boleh memilih view ‘Day’, ‘Week’, ‘Quarter’ atau ‘All’. Graf-graf tersebut juga boleh ditekan dan akan menunjukkan data yang lebih mendalam. Contohnya di gambar ketiga, ‘Waking Life’ bermakna masa yang dihabiskan menggunakan telefon. Berdasarkan penggunaan saya, nampaknya 15 tahun akan dihabiskan dengan menggunakan telefon.

Tab ‘Coach’

Pada tab yang ketiga, ini memerlukan tambahan In-App Purchase. Di sini anda boleh di latih untuk mengurangkan penggunaan telefon anda. Kebanyakan cabaran menggunakan automatic detection, bermakna, anda tidak boleh menipu dalam melatih diri anda!

Tab ‘Setting’

Gambar ini pula menunjukkan tab ‘Settings’ aplikasi ini secara umum dan boleh didapati secara percuma di App Store. Namun, ‘Pro Features’ perlu di bayar dengan harga $3.99 atau RM16.99. Tambahan pilihan untuk jurulatih maya pula ialah $9.99 atau RM39.90. Kevin Holesh ada menyatakan di laman web bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk menukar bayaran kepada langganan, bermakna perlu membayar pada tiap bulan. Namun, katanya juga, sekiranya kita membeli sekarang, kita hanya perlu membayar sekali sahaja untuk seumur hidup.

Secara peribadi, aplikasi ini banyak membantu untuk menjadikan saya seorang pengguna yang lebih proaktif. Tidak sewenangnya-wenangnya membuang masa tanpa disedari. Jika anda mempunyai masalah ketagihan kepada telefon anda (saya rasa ramai yang mempunyai masalah ini), saya menyarankan anda mendapatkan aplikasi ini. Cuba dahulu secara percuma, jika berbaloi, boleh ‘upgrade’ kepada Pro Features. Lebih murah dari Secawan Green Tea Frappe Starbucks bersaiz Venti, In shaa Allah ianya sebuah pelaburan yang menguntungkan. Masa yang berharga dapat diluangkan dengan lebih baik seperti belajar, bersama keluarga atau membaca.

Kami menyarankan agar anda menggunakan peluang ini untuk mendapatkan Pro Features aplikasi Moment selagi tetapan harganya belum bertukar kepada langganan.

 

Muat turun aplikasi Moment ini secara percuma untuk iPhone, iPad atau iPod di App Store. [Klik pautan ini]

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *