Versi Beta 1 Untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 Dan macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan

Setelah melepaskan kemas kini rasmi iOS 10.3, watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS 10.12.4 pada semalam (28 Mac), Apple hari ini telah mengeluarkan versi beta 1 untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 kepada pembangun yang berdaftar secara sah. Versi beta ini ialah versi percubaan kepada pengguna berdaftar bagi mencuba versi beta dan juga pembangun yang berdaftar untuk mencuba dan memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi dilepaskan kepada pengguna umum.

Tidak dipastikan mengapa Apple melangkau kepada iOS 10.3.2 yang sepatutnya dari iOS 10.3.1 kalau mengikut turutan nombor tapi berdasarkan pendapat pengguna dan pembangun versi beta yang lain, mungkin kemas kini iOS 10.3.1 adalah kecil dan tidak mempunyai ciri serta fungsi yang baru. Atas sebab itu, Apple memfokuskan kepada pembangunan iOS 10.3.2 – hanya teori dan pendapat sahaja.

iOS 10.3.2 ini juga dikeluarkan untuk peranti iOS 64-bit sahaja, tidak dikeluarkan untuk peranti iOS 32-bit. Apple sememangnya mahu peranti iOS 32-bit dihapuskan dan tidak menerima kemas kini iOS atas faktor spesifikasi yang agak lama dan banyak aplikasi yang menyokong 64-bit sahaja.

Menurut Apple, iOS 10.3.2 Beta 1 ini menyelesaikan masalah arahan untuk Sirikit. Bagi versi beta 1 watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 tidak disertakan nota atau senarai ciri dan fungsi yang ada pada versi beta tersebut.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

One thought on “Versi Beta 1 Untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 Dan macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan

  • March 29, 2017 at 10:24 am
    Permalink

    Kesian kat iPhone 5 user dah tak boleh update ke iOS 10.3.2.. 🙁

    Balas

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *