Versi Beta 2 Untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 Dan macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan

Apple hari ini telah mengeluarkan versi beta 2 untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 kepada pembangun untuk menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna. Ini dibuat selepas versi beta 1  iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 dikeluarkan kepada pembangun dalam tempoh dua minggu yang lalu.

Dalam versi beta untuk iOS 10.3.2 ini telah membaiki masalah aplikasi VPN dari pihak ketiga yang gagal berfungsi tapi Siri mungkin akan menghadapi masalah untuk berfungsi dalam versi beta kedua ini. Apple juga turut memperkenalkan sistem fail APFS dalam kemas kini iOS 10.3 sebelum ini yang terdapat pelbagai ciri dan fungsi terbaru. Disamping itu, iOS 10.3.1 juga telah dilepaskan untuk membaiki dan menampal pepijat pada iCloud termasuklah lubang exploit di Safari.

Fixed in this Release

Third-party VPN apps should now work as expected

Notes and Known Issues

Siri text responses may be incomplete

Apa yang menariknya tentang versi beta kedua ini telah membawakan kembali sokongan peranti 32-bit, sebelum ini pada versi beta pertama ia tidak dikeluarkan untuk peranti 32-bit melalui OTA dan IPSW. Namun, kemas kini iOS 11 yang akan datang dilaporkan akan menghentikan sokongan peranti dan aplikasi 32-bit.

Bagi versi beta iOS 10.3.2 dan macOS 10.12.5 untuk pengguna umum, kebiasaannya akan keluar dalam dua hingga lima hari selepas versi beta untuk pembangun ini dikeluarkan.

Versi beta kedua untuk macOS 10.12.5 boleh dibuat melalui App Store. Ini diikuti selepas macOS 10.12.4 dilepaskan secara rasmi yang turut memperkenalkan fungsi Night Shift yang pertama kalinya hadir untuk komputer Mac. Kemas kini ini tidak disertakan sebarang ciri dan fungsi dalam nota kemas kini dan dianggap memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

tvOS 10.2.1 Beta 2 dikeluarkan kepada pembangun untuk peranti Apple TV. Sama seperti versi beta kedua macOS 10.12.5, versi ini dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Sebelum ini, Apple telah melepaskan kemas kini tvOS 10.2 dengan secara rasminya kepada semua pengguna Apple TV dengan tatal dipertingkatkan.

Untuk makluman, versi beta untuk tvOS dan watchOS tidak dikeluarkan kepada pengguna yang berdaftar dengan program Public Beta oleh Apple.

Bagi peranti Apple Watch juga turut dikeluarkan versi beta kedua untuk watchOS 3.2.2. Sistem operasi watchOS 3.2 telah dilepaskan sebelum ini kepada semua pengguna yang telah membawakan fungsi Theater Mode kepada Apple Watch. Theater Mode sangat berguna pada waktu tertentu, cara untuk menggunakan boleh lihat di sini. Selain daripada fungsi Theater Mode, watchOS 3.2 juga turut membawakan fungsi Sirikit dan beberapa watch face baharu yang terdapat pada Apple Watch Nike+ sahaja selain memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

 

Kesemua sistem operasi ini bakal diperkenalkan pada Apple World Wide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada 6 jun tahun ini dan dilepaskan dalam akhir tahun mengikut sistem operasi dan produk yang dikeluarkan bersama. Selain itu, Apple juga turut telah menghentikan sistem operasi iOS 10.2.1 dan iOS 10.3.

 

Kemas Kini: Ada kesilapan maklumat pada info yang memaklumkan iOS 10.3.2 Beta 2 ini dikeluarkan untuk peranti 64-bit sahaja tapi sebenarnya ia dikeluarkan untuk peranti 32-bit juga. Maaf atas kesilapan.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *