Versi Beta 2 Untuk iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 Dan macOS 10.12.6 Telah Dikeluarkan Untuk Pembangun

Setelah hampir dua minggu mengeluarkan kemas kini beta 1, Apple hari ni telah mengeluarkan versi beta 2 untuk  iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6 kepada pembangun bagi menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna.

Kemas kini beta bagi kesemua sistem operasi untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Kesemua kemas kini versi beta sistem operasi ini tidak mempunyai sebanyak ciri dan fungsi terbaru yang boleh dijumpai dan hanya kemas kini kecil untuk sistem operasi yang sebelum ini. Cuma, ada penambahan wallpaper untuk iPad Pro pada iOS 10.3.3 dan anda boleh muat turun di sini.

iOS 10.3.3, watchOS 3.2.3, tvOS 10.2.2 dan macOS 10.12.6 juga mungkin merupakan kemas kini terakhir untuk versi sistem operasi masing-masing disebabkan Apple bakal memperkenalkan sistem operasi iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 baharu pada WWDC 2017 yang akan datang serta diuji untuk beberapa bulan sebelum dilepaskan untuk semua pengguna.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *