Versi Beta 3 Untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 Dan macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan

Pembangun hari ini boleh membuat kemas kini beta 3 untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 untuk menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna. Pada minggu lepas, Apple telah mengeluarkan versi beta 2  iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 kepada pembangun dan 4 minggu lepas untuk versi beta 1.

Versi beta ini boleh dimuat turun dari lama pembangun Apple ataupun secara over-the-air (OTA) untuk iOS 10.3.2 Beta 3 pada peranti iOS yang telah dipasang profil pembangun. Untuk watchOS 3.2.2 Beta 3 pula, perlu memasang profil pembangun dan boleh membuat kemas kini dari aplikasi Apple Watch pada peranti iOS. Untuk tvOS 10.2.1 Beta 3 pula boleh dibuat di Settings dan untuk macOS 10.12.5 Beta 3 boleh dibuat di App Store.

Kemas kini beta 3 ini merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Apple bakal memperkenalkan kesemua sistem operasi ini pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Tiada sebarang ciri atau fungsi terbaru yang disertakan dalam nota kemas kini pada keempat-empat sistem operasi versi beta ini. Sebelum ini pelbagai ciri dan fungsi terbaru yang dikeluarkan untuk iOS 10.3, watchOS 3.2, tvOS 10.2 dan macOS 10.12.4. Apple juga ada melepaskan kemas kini rasmi iOS 10.3.1 untuk membaiki dan menampal pepijat pada iCloud termasuklah lubang exploit di Safari.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *