Versi Beta 4 Untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 Dan macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan

Seperti kebiasaan untuk Apple mengeluarkan kemas kini beta 4 untuk iOS 10.3.2, watchOS 3.2.2, tvOS 10.2.1 dan macOS 10.12.5 untuk pembangun menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna. Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan kemas kini beta 1, beta 2 dan beta 3.

Dalam kemas kini ini, hanya untuk iOS 10.3.2 sahaja yang mempunyai nota dikeluarkan yang memfokuskan pembaikan ralat dan menampal pepijat:

Fixed in this Release

SiriKit

The new SiriKit car commands should now work as expected.

Third-Party VPN Apps

Third-party VPN apps should now work as expected.

Siri

Siri text responses should now be complete.

Notes and Known Issues

Managed and Shared Devices

The ability to update devices from a remote server is in development and may not yet work as expected.

openURL

When a third party application invokes openURL: on a tel://, facetime://, or facetime-audio:// URL, iOS displays a prompt and requires user confirmation before dialing.

SOS

SOS is only supported in India.

WebKit

Safari now supports the prefers-reduced-motion media query. This query allows a web developer to provide alternate page styles for users who are sensitive to large areas of motion. Users can change their preference for reduced motion in the Accessibility section of System Preferences.

Versi beta ini boleh dimuat turun dari lama pembangun Apple ataupun secara over-the-air (OTA) untuk iOS 10.3.2 Beta 3 pada peranti iOS yang telah dipasang profil pembangun. Untuk watchOS 3.2.2 Beta 3 pula, perlu memasang profil pembangun dan boleh membuat kemas kini dari aplikasi Apple Watch pada peranti iOS. Untuk tvOS 10.2.1 Beta 3 pula boleh dibuat di Settings dan untuk macOS 10.12.5 Beta 3 boleh dibuat di App Store.

Beta 4 ini juga merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Apple bakal memperkenalkan kesemua sistem operasi ini pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *