Versi Beta 5 Untuk iOS 10.3.2 Telah Dikeluarkan Kepada Pembangun

Apple hari ini secara mengejutnya telah mengeluarkan kemas kini beta 5 untuk iOS 10.3.2 sahaja untuk pembangun menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna. Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan kemas kini beta 1, beta 2beta 3, dan beta 4 yang baru sahaja dikeluarkan pada pagi hari Selasa yang lepas.

Dalam kemas kini ini tiada sebarang ciri dan fungsi terbaru ditambah serta tiada pembaikan ralat dan menampal pepijat dalam nota kemas kini ini. Versi beta ini boleh dimuat turun dari lama pembangun Apple ataupun secara over-the-air (OTA) untuk iOS 10.3.2 Beta 4 pada peranti iOS yang telah dipasang profil pembangun.

Beta 5 ini juga merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi. Apple bakal memperkenalkan kesemua sistem operasi ini pada acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) yang akan berlangsung pada bulan Jun ini.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *