Versi Beta 5 Untuk macOS 10.12.5 Telah Dikeluarkan Kepada Pembangun

Kali ini Apple dilihat hanya mengeluarkan kemas kini versi beta untuk kesemua sistem operasi secara satu per satu dan tidak lagi dikeluarkan secara sekali gus. Kini, macOS 10.12.5 Beta 5 telah dikeluarkan kepada pembangun untuk menguji dan mencuba serta memberi maklum balas kepada Apple sebelum kesemua sistem operasi tersebut dilepaskan kepada semua pengguna.

Sebelum ini, Apple telah mengeluarkan kemas kini beta 1, beta 2beta 3 dan beta 4. Pembangun boleh membuat kemas kini macOS 10.12.5 Beta 5 ini di App Store.

Beta 5 ini juga merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *