Versi Beta 5 Untuk tvOS 10.2.1 Telah Dikeluarkan Kepada Pembangun

Nampaknya Apple kini mengeluarkan kemas kini versi beta bagi sistem operasi secara berasingan mengikut minggu. Sebelum ini pada dua minggu lepas, Apple telah mengeluarkan versi beta 5 untuk iOS 10.3.2 dan pada minggu lepas pula macOS 10.12.5 Beta 5 dikeluarkan untuk pembangun serta pengguna berdaftar.

Pada jangkaan, minggu hadapan pula versi beta 5 untuk sistem operasi watchOS 3.2.2 pula akan dikeluarkan dan dalam 1-2 minggu versi Golden Master atau Final Beta pula akan dikeluarkan selepas acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) pada bulan Jun hadapan.

Dalam kemas kini versi beta 5 ini merupakan kemas kini kecil yang dilihat sebagai memfokuskan kepada pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *