Berita iOS

Versi iOS 11.2.5 Beta Telah Dikeluarkan Untuk Pembuat Aplikasi

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta bagi sistem operasi iOS 11.2.5, watchOS 4.2.2 dan tvOS 11.2.5 kepada pembuat aplikasi atau pembangun. Versi beta ini dikeluarkan selepas Apple melepaskan kemas kini iOS 11.2.1 dan tvOS 11.2.1 kepada pengguna umum yang sedia dimuat turun secara rasmi.

Pembangun boleh mengemaskini kepada versi beta ini selepas memasang profil configurasi beta daripada laman web masing-masing. Agak pelik juga dimana Apple telah melangkau dengan mengeluarkan versi beta yang ke hadapan dan tidak seperti sebelum ini seperti contoh jika Apple melepaskan iOS 11.3 kepada umum, maka versi beta untuk iOS 11.4 akan dikeluarkan.

Dalam versi beta ini hanya dilihat sebagai hanya untuk pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi bagi versi sebelum ini. Tidak dipastikan juga bagaimana untuk iOS 11.2.2, iOS 11.2.3 contohnya akan dilepaskan samada dalam bentuk versi beta dahulu atau versi umum terus kepada pengguna.

 

Untuk makluman, laman web Apple User Group (Malaysia)® sedang dikemas kini untuk beberapa hari dari sebelum ini dan saya sendiri sedang mempunyai masalah internet yang tidak membolehkan untuk membuat artikel dengan lebih kerap. Mohon maaf atas masalah yang berlaku.