Versi iOS 11.2 Beta 3 Dikeluarkan Untuk Pembuat Aplikasi Dan Pengguna Public Beta

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 3 sistem operasi iOS 11.2, watchOS 4.2, tvOS 11.2 dan macOS High Sierra 10.13.2 kepada pembuat aplikasi atau pembangun termasuklah versi public beta 3 untuk iOS 11.2, tvOS 11.2 dan macOS High Sierra 10.13.2 kepada pengguna yang berdaftar dengan program Public Beta.

Pembangun dan pengguna Public Beta boleh mengemaskini kepada beta 3 ini selepas memasang profil configurasi beta daripada laman web masing-masing.

iOS 11.2 beta sebelum ini telah membawakan penambahbaikan dan penampalan bagi pepijat animasi dan latensi kekunci yang terdapat dalam aplikasi Calculator yang menyebab sebahagian nombor dan simbol tidak boleh ditekan apabila suatu pengiraan kalkulus dimasukkan dengan pantas. Kemas kini beta ini telah membuang animasi tersebut dan pengiraan kalkulus boleh dimasukkan dengan pantas tanpa ada masalah atau jawapan yang salah.

Kemas kini terbaharu ini dilihat merupakan pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi daripada versi sebelum ini. Terdapat beberapa ciri dan fungsi terbaru yang ditambah dan diperbaiki, menjadikan antara versi iOS 11 yang paling stabil selepas iOS 11.1.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *