Versi iOS 11.2 Beta 6 Dikeluarkan Untuk Pembuat Aplikasi Dan Pengguna Public Beta

Apple hari ini telah mengeluarkan kemas kini versi beta 6 sistem operasi iOS 11.2 dan macOS High Sierra 10.13.2 kepada pembuat aplikasi atau pembangun termasuklah versi public beta 6 untuk iOS 11.2 dan macOS High Sierra 10.13.2 kepada pengguna yang berdaftar dengan program Public Beta.

Pembangun dan pengguna Public Beta boleh mengemaskini kepada beta 6 ini selepas memasang profil configurasi beta daripada laman web masing-masing. Beta 6 ini mungkin versi Golden Master berdasarkan saiz yang besar dan nombor pembina iaitu 15C114, tiada huruf di belakang pada versi tersebut (jika tiada pepijat serius yang terdapat pada masa akan datang).

iOS 11.2 ialah merupakan major update kedua yang dilepaskan oleh Apple selepas iOS 11.1 dan beberapa minor update iaitu iOS 11.1.1, iOS 11.1.2 yang dilepaskan sebelum ini.

iOS 11.2 beta sebelum ini telah membawakan penambahbaikan dan penampalan bagi pepijat animasi dan latensi kekunci yang terdapat dalam aplikasi Calculator yang menyebab sebahagian nombor dan simbol tidak boleh ditekan apabila suatu pengiraan kalkulus dimasukkan dengan pantas. Kemas kini beta ini telah membuang animasi tersebut dan pengiraan kalkulus boleh dimasukkan dengan pantas tanpa ada masalah atau jawapan yang salah.

Selain itu, iOS 11.2 juga telah memperkenalkan notifikasi pemberitahuan fungsi Wi-Fi dan Bluetooth pada Control Center. Kedua-duanya tidak dinyahaktifkan apabila dimatikan pada Control Center dan hanya memutuskan sambungan daripada aksesori atau servis lain. Pada iPhone X, akan terdapat satu ikon palang untuk memudahkan untuk pengguna tahu tempat Control Center diakses terletak di situ

iOS 11.2 juga akan menyokong pengecasan tanpa wayar pantas untuk peranti iPhone 8, iPhone 8 Plus dan iPhone X. Kelajuan mengecas telah dipertingkatkan kepada 7.5w berbanding 5w yang dibolehkan pada sekarang ini.

Kemas kini terbaharu ini dilihat merupakan pembaikian dan menampal pepijat, pembaikan ralat serta penambahbaikan sekuriti dan peningkatan prestasi daripada versi sebelum ini. Terdapat beberapa ciri dan fungsi terbaru yang ditambah dan diperbaiki, menjadikan antara versi iOS 11 yang paling stabil selepas iOS 11.1.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *