iOS iPhone Tutorial

Video Demo Terbaru Memperlihatkan Cara Menukar Aplikasi Pada iPhone X

Dalam beberapa hari sahaja lagi sebelum pra-tempahan iPhone X dibuka bagi negara terawal, satu video demo telah dimuat nik untuk menunjukkan kelancaran dan penggunaan bagi fungsi menukar aplikasi pada peranti terbaru tersebut. Disebabkan tiada butang Home, penggunaan pada iPhone X ialah ke arah gerak isyarat termasuklah untuk pergi ke halaman Home Screen.

Pada iPhone X, untuk menukar ke aplikasi lain pengguna perlu menggunakan gerak isyarat tatalan daripada kiri atau kanan bawah skrin. Pada iPhone yang lain, penukaran aplikasi hanya boleh dilakukan dengan menekan butang Home sebanyak dua kali membuka halaman App Switcher/Multitasking dan memilih aplikasi lain.

Bagi peranti yang mempunyai 3D Touch pada iPhone 6s ke atas, pengguna boleh boleh menekan dengan mendalam (deep press) pada bahagian sebelah kiri peranti skrin, seret/menolak ke kanan untuk menukar ke aplikasi lain.

Juga beberapa gambar yang disertakan:

 

Sumber: Imgur

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.