Video Konsep iPhone X Berwarna Putih Diperlihatkan

Kita banyak melihat gambar konsep yang muncul sebagai iPhone X / iPhone 8 tahun ini. Ada yang berkualiti dan ada yang tidak berkualiti. Kini, pereka Thiago M Duarte dan Ran Avni telah mengeluarkan video konsep iPhone 8 daripada mereka berdua untuk memberi gambaran tentang peranti yang bakal keluar tersebut.

Buat masa sekarang, rekaan model iPhone 8 dilapor akan mempunyai paparan panel skrin OLED dengan bezel nipis yang melengkung seperti paparan skrin hadapan iPhone 6 ke atas kini. Namun, rekaan kaca hadapan dan dibelakang seperti iPhone 4 yang dahulu mungkin akan dikembalikan pada iPhone X.

Berdasarkan video konsep di atas, ia mempunyai rekaan kamera hadapan yang tersembunyi di bawah skrin. Apple dikhabarkan sedang membangunkan teknologi ini serta pengimbas cap jari terbina Touch ID dalam paparan skrin OLED yang dibekal oleh Samsung. Dalam video itu juga menunjukkan 4 speaker, satu di setiap sudut peranti. Ini mungkin speaker yang berkualiti tinggi, sama seperti yang Apple lakukan pada model iPad Pro.

Akhir sekali, video tersebut menunjukkan rekaan iPhone 8 seramik berwarna putih yang sama seperti Apple Watch Edition yang terbaru. Sebelum ini, iPhone X dijangka akan mempunyai kemasan stainless steel pada bingkai peranti tersebut. Namun, dikhabarkan penjualan iPhone X ini akan ditangguh ke bulan Oktober atau November atas sebab pembekalan komponen.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *