Video Terbaru Menunjukkan Face ID iPhone X Berjaya Dipintas Menggunakan Topeng

iPhone X hadir dengan sistem pengesahan imbasan wajah 3D iaitu Face ID sebagai ciri sekuriti biometrik yang baharu. Menurut Apple, Face ID mempunyai nisbah 1-dalam-1 juta manusia yang boleh dipintas (seseorang yang mempunyai struktur wajah yang seakan sama).

Namun, sekuriti dan sistem keselamatan Face ID tidaklah boleh bertahan selamanya. Seorang budak 10 tahun berjaya menyahkunci Face ID pada iPhone X milik kedua ibu bapanya dan termasuklah yang mempunyai pasangan kembar seiras. Penggodam juga telah berjaya memintas sistem imbasan wajah Face ID ini menggunakan topeng dicetak dalam bentuk 3D, namun masih tidak memberi sebarang penjelasan lebih lanjut.

Dimuat naik pada minggu ini oleh pemilik akaun YouTube WolfieRaps, video itu pada mulanya menunjukkan gambar 2D tidak berjaya menyahkunci Face ID. Selepas itu, demo menyahkunci Face ID menggunakan cermin dilihat berjaya apabila iPhone X diletakkan pada bahagian depan cermin.

Kemudian beralih kepada topeng plaster, ia dilihat seperti tidak berjaya sepenuhnya. Jika betul, seseorang masih memerlukan akses secara fizikal iaitu wajah mangsa dan sudah tentu mangsa akan merasa pelik apabila disuruh untuk membuat topeng plaster bagi wajah mereka.

Bagi yang mahu menonton video di bawah, disarankan untuk perlahankan sedikit kelantangan pembesar suara (speaker volume sebab banyak sangat menjerit).

Dalam nota sekuriti Apple, jika Face ID tidak berjaya mengenali wajah pemilik tapi Passcode telah dimasukkan, kamera TrueDepth akan mengimbas wajah sekali lagi untuk meningkatkan kebolehpercayaannya. Topeng wajah tersebut mungkin telah diimbas ketika Passcode dimasukkan. Selain itu, waktu yang dipaparkan pada Lockscreen iPhone juga ialah sama pada sebelum dan selepas topeng tersebut dicat.

Ia mungkin berjaya tapi bukanlah dari segi penggodaman yang teknikal oleh penggodam sebenar.

 

Sumber artikel: BGR

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *