VSCO Cam Untuk iOS Kini Menawarkan Suntingan Pada Video

VSCO Cam sangat terkenal di kalangan jurugambar yang menawarkan penuras atau ‘filter’ kepada pengguna melalui perisian komputer dan juga pada aplikasi peranti mudah alih. Kini, syarikat tersebut menawarkan alat suntingan pada video pula untuk pengguna iOS. Alat tersebut membolehkan pengguna untuk meletakkan penuras dan tetapan lain pada video dan dikongsikan kepada akaun sosial.

Alat suntingan ini menggunakan teknologi SENS yang menyokong segala format video sehingga kadar rakaman 30fps pada resolusi 4K dan 60fps pada 1080 atas ke bawah, tiada sekatan untuk durasi dan saiz video tersebut. Namun, fungsi alat terbaru ini perlu dilanggan melalui langganan VSCO X pada harga $19.99 (~RM 87) setahun. Pelbagai fungsi alat suntingan yang ditawarkan kepada pengguna yang melanggan.

 

Sumber: TechCrunch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *