Apple Memperkenalkan watchOS 4 Dengan Muka Jam Baharu, Activity Coaching Dan Banyak Lagi

Apple telah memperkenalkan watchOS 4 dengan secara rasminya pada Apple WWDC 2017 hari ini. watchOS 4 hadir dengan pelbagai ciri yang baharu antaranya ialah muka jam baharu, Activity coaching dan perubahan antaramuka pada Apple Music serta banyak lagi.

Muka jam Siri membolehkan pengguna untuk mendapat maklumat yang dipaparkan pada muka jam tersebut seperti kemas kini aktiviti harian anda, sokongan aplikasi lain seperti Activity, Alarms, Breathe, Calendar, Maps, Reminders dan Wallet.

Selain itu, terdapat juga watak baharu Toy Story yang hadir untuk muka jam pada watchOS 4 ini dan juga muka jam kaleidoscope.

Apple juga turut memperkenalkan paparan antaramuka baharu untuk Apple Music untuk mengawal dengan lebih mudah ketika bersenam, sokongan GymKit dengan peralatan kecergasan untuk mendapat data seperti jumlah kalori, kelajuan dan data lain lebih tepat.

watchOS 4 boleh dimuat turun bermula pada hari ini untuk pembangun sahaja dan bagi pengguna umum, watchOS 4 akan dilepaskan secara rasmi dalam bulan September-November.

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *