iOS

Wi-Fi Dan Bluetooth Tidak Dinyahaktifkan Sepenuhnya Apabila Dimatikan Pada Control Center Untuk iOS 11


Apple telah mengesahkan bahawa tetapan Wi-Fi dan Bluetooth tidak dinyahaktifkan (disabled) sepenuhnya apabila pengguna mematikan (toggle off) pada butang tetapan tersebut seperti yang terdapat pada Control Center untuk iOS 11. Walaupun telah dimatikan (toggle off) pada Control Center untuk iPhone, iPad, iPod touch yang menggunakan iOS 11, dokumen terbaru oleh Apple menyatakan tetapan Wi-Fi Wi-Fi akan masih tersedia untuk AirDrop, AirPlay, Apple Pencil, Apple Watch, Location Services, dan ciri Continuity seperti Handoff dan Instant Hotspot.

Mematikan (toggle off) Wi-Fi dan Bluetooth pada Control Center hanya memutuskan sambungan daripada aksesori atau servis lain, tidak dinyahaktifkan sepenuhnya seperti sebelum ini. Walaubagaimanapun, selepas daripada tempoh 24 jam proses mematikan dilakukan, sambungan Wi-Fi atau Bluetooth akan diaktifkan semula seperti biasa.

Jika tetapan Bluetooth dimatikan (toggle off) pada Control Center, sebuah peranti iOS tidak dapat disambungkan kepada aksesori Bluetooth sehinggalah dalam satu situasi:

● Anda menyahaktifkan kembali Bluetooth pada Control Center.
● Anda menyambungkan dengan aksesori Bluetooth pada Settings > Bluetooth.
● Telah mencapai waktu pukul 5.00 pagi, ikut waktu tempatan.
● Anda menghidupkan semula (Restart) peranti.

Apabila tetapan Wi-Fi dimatikan (toggle off) pada Control Center, fungsi auto-join untuk sambungan Wi-FI terdekat juga akan dinyahaktifkan sehinggalah dalam satu situasi:

● Anda menyahaktifkan kembali Wi-FI pada Control Center.
● Anda menyambungkan ke rangkaian Wi-Fi Settings > Wi-Fi.
● Anda berjalan atau memandu ke lokasi yang terbaru atau berlainan.
● Telah mencapai waktu pukul 5.00 pagi, ikut waktu tempatan.
● Anda menghidupkan semula (Restart) peranti.

Pengguna iOS 11 boleh menyahaktifkan sepenuhnya kedua-dua tetapan Wi-Fi dan Bluetooth untuk semua rangkaian dan aksesori dengan mematikan fungsi tetapan tersebut pada Settings > Wi-Fi dan Settings > Bluetooth.


Tambah Komen

Klik di sini untuk menghantar komen