YouTube Memperkenalkan ‘Reels’, Ciri Seakan Stories Untuk Aplikasi Mudah Alih

YouTube kini sedang menguji ciri untuk pengguna dan penonton YouTube melalui aplikasi mudah alih mereka. Ciri ini dinamakan sebagai ‘Reels’, iaitu ciri yang seakan seperti format video pendek ‘Stories’ yang terdapat pada aplikasi media sosial lain seperti Snapchat dan Instagram.

Menurut YouTube, ‘Reels’ ini ialah cara untuk pemilik atau editor video pada YouTube berkongsikan kepada peminat tanpa perlu memuat naik video penuh seperti pengumuman dan sebagainya. Durasi sebuah video ‘Reels’ ini ialah sepanjang 30 saat dan boleh disunting dengan penuras, lagu, teks, pelekat serta banyak lagi.

Berbeza dengan Stories, video Reels ini tidak akan hilang dan akan kekal selamanya. Kesemua video berdurasi 30 saat atau kurang akan dipaparkan secara kekal pada pemilik atau editor akaun YouTube yang anda ikuti. Buat masa ini, ciri ini masih lagi dalam pembangunan versi beta sebelum dilepaskan pada semua pemilik atau editor akaun YouTube.

 

Sumber: TechCrunch

Haziq Harun

h4zq.com

Lihat semua artikel daripada haziq

Tinggalkan Komen

Email anda tidak akan didedahkan. Kotak yang dikehendaki ditanda sebagai *