Aplikasi Apple TV Berita Info iOS iPad iPhone tvOS

Apple Menambahkan Sokongan Aplikasi Apple TV Remote Untuk iPad

Apple hari ini telah mengemaskinikan aplikasi Apple TV Remote yang membawakan sokongan untuk peranti iPad, membolehkan aplikasi tersebut digunakan pada peranti iPad untuk pertama kalinya. Sebelum kemas kini ini, aplikasi Apple TV Remote hanya dibangunkan untuk peranti iPhone.

Bagi yang tidak mengenali dan tidak menggunakan aplikasi Apple TV Remote, ia dibangunkan untuk digunakan pada peranti generasi keempat Apple TV dan mempunyai fungsi yang sama seperti alat kawalan jauh Siri yang disertakan sekali dalam Apple TV. Ia membolehkan sokongan bagi navigasi menggunakan sentuhan, arahan dengan Siri, permainan dan sebagainya.

Antaramuka aplikasi ini di peranti iPad adalah sama seperti antaramuka di iPhone tapi terdapat ruang skrin untuk menunjukkan fungsi lain seperti Now Playing. Bagi yang menggunakan peranti Apple TV 4, anda boleh memuat turun aplikasi ini secara percuma di App Store.

 

Sumber artikel: MacRumors

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.