Acara Khas Apple Berita

Apple Mula Menghantar Jemputan Kepada Media Untuk WWDC 2017

Apple hari ini mula menghantar jemputan media untuk acara khas Apple Worldwide Developer Conference (WWDC) mengesahkan acara khas tersebut yang akan berlangsung secara rasminya pada 6 Jun, hari selasa pukul 1.00 pagi seperti WWDC yang berlangsung sebelum ini.

Acara khas Apple ini akan berlangsung di tempat McEnry Convention Center di San Jose, California yang akan membentangkan kesemua sistem operasi baharu yang dibangunkan oleh Apple kepada pembangun dan termasuklah pengguna lain. Antara sistem operasi yang bakal diperkenalkan dalam versi beta ialah iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13. Dari segi perkakasan yang baharu, 50-50 sahaja untuk Apple akan perkenalkan pada acara tersebut.

Selepas acara ini, pembangun boleh memuat turun kesemua versi beta tersebut untuk mencuba dengan aplikasi mereka termasuk memberi maklum balas kepada Apple. Bagi ahli Apple User Group (Malaysia)® yang ingin melihat acara ini, Apple akan sediakan pautan khas yang boleh dilihat secara langsung. Kami juga turut menyediakan tweet secara langsung di akaun twitter @augdotmy.

Sebarang kemas kini, kami akan keluarkan pada minggu acara khas tersebut bakal dimulakan.

 

Sumber artikel: 9to5mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.