Apple

Apple TV 4K Dilapor Dikuasakan Dengan Cip Apple A10X Fusion, 3GB RAM, Video 4K/60pfs Dan Siri Remote Baharu

Peranti Apple TV mungkin tidak ramai yang menggunakannya bagi di kalangan pengguna di Malaysia, produk berkotak segi empat ini ialah merupakan sebuah ‘tv box’ yang membolehkan pengguna untuk membeli atau melanggan siri rancangan tv dan juga filem melalui iTunes Store. Selain dari iTunes Store, pengguna juga boleh memasang aplikasi lain seperti Netflix, Hulu dan sebagainya untuk melanggan daripada perkhidmatan kesukaan pengguna.

Seperti yang sedia maklum, versi iOS 11 Golden Master (GM) telah tertiris pada hujung minggu lepas yang mempunyai pelbagai maklumat mengenai produk baharu yang Apple bakal perkenalkan pada pagi esok antaranya ialah peranti Apple TV. Menurut kod yang dijumpai oleh pembangun Steven Troughton-Smith, peranti Apple TV generasi kelima baharu akan dikenali sebagai ‘Apple TV 4K’.

Apple TV 4K ini akan menyokong video dengan resolusi 4K (2160p) pada kadar 60fps dan sokongan set televisyen ultra-high-definition (UHD). Menurut kod tersebut, peranti ini akan memaparkan paparan antaramuka 4K dengan penskalaan @2X Retina. Penstriman 4K juga dilapor memerlukan sambungan internet dengan kelajuan sekurangnya 15Mbps, menurut pada kod yang ditemui.

Bagi spesifikasi dalaman, bakal dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A10X Fusion berasaskan enam teras dan 3GB RAM yang sama seperti peranti iPad Pro dengan tiga teras berkuasa tinggi “Hurricane” dan tiga teras berkuasa rendah “Zephyr”. Mempunyai spesifikasi tinggi seperti ini, pengguna boleh bermain permainan yang terdapat pada App Store dengan lebih lancar dan juga melihat siri rancangan serta filem dengan resolusi 4K tanpa masalah.

Selain itu, Apple TV 4K juga dilapor akan disertakan dengan Siri Remote yang baharu bernombor “B429” dengan maklum balas getaran haptik termasuklah “actuator calibration” dan “force calibration”. Acara khas Apple akan berlangsung pada 13 September iaitu hari Rabu, tepat pada pukul 1.00 pagi yang akan membentangkan kesemua peranti baharu seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, Apple Watch Series 3, iPod Touch (7th Generation), dan Apple TV (2017) serta kesemua sistem operasi baru seperti iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 High Sierra.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.