Berita Watch

Apple Watch Digunakan Untuk Mencuri Maklumat Dalam Sukan Besbol

Penyiasat kepada Major League Baseball dalam satu kenyataan mensyaki dan mempercayai pasukan Boston Red Sox yang kini masih menduduki tangga pertama dalam American League East, telah menggunakan peranti Apple Watch untuk mencuri isyarat tangahn daripada pasukan lawan, menurut laporan The New York Times.

Pasukan Red Sox dipercayai telah mencuri isyarat tangan yang dibuat oleh daripada penangkap bola kepada pemain lain pasukan lawan dalam permainan mengggunakan alat rakaman video dan berkomunikasi dengan menggunakan peranti Apple Watch.

Ini diikuti dengan aduan yang dibuat oleh pengurus besar Yankes iaitu Brian Cashman berjaya menangkap staf pekerja Red Sox yang telah memberikan ‘maklumat’ menggunakan Apple Watch kepada pemain mereka. Maklumat tersebut dipercayai ialah berkaitan dengan jenis lontaran.

Pemerhatian isyarat ialah dibenarkan tetapi merakam isyarat tersebut menggunakan alat elektronik adalah tidak dibenarkan menurut syarat dan peraturan yang ditetapkan. Pasukan Boston Red Sox ialah merupakan pasukan kegemaran Ketua Pegawai Eksekutif Apple iaitu Tim Cook dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Sedunia iaitu Phil Schiller.

 

Sumber artikel: MacRumors | Gambar: Santiago Mejia/The New York Times

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.