Berita Info iOS Program Public Beta Tips

Bagaimana Untuk Dapatkan Kemas Kini Rasmi iOS 10.3 Bagi Pengguna Versi Beta

Jika peranti anda menggunakan versi beta iOS 10.3 tapi anda tidak dapat notifikasi kemas kini rasmi iOS 10.3, ini adalah cara untuk anda mendapatkannya. Anda perlu membuang profail iOS Beta Software sebelum peranti anda mendapat kemas kini rasmi iOS 10.3 tersebut.

Cara untuk mendapatkan kemas kini rasmi iOS 10.3:

1. Buka direktori Setting > General > Profile.

2. Tekan Delete Profile di bawah profail iOS Beta Software.

3. Masukkan passcode dan tekan Delete lagi sekali untuk pengesahan.

4. Hidupkan semula peranti anda.

5. Buka direktori Setting > General > Software Update untuk periksa kemas kini iOS 10.3

Peranti iOS anda kini boleh memuat turun dan memasang kemas kini rasmi iOS 10.3 sebaliknya tersekat pada versi beta. Namun kemas kini ini disarankan atas faktor iOS 10.3 ini merupakan kemas kini ‘Major‘ atau ‘Major Update‘ – pertama sekali ialah anda perlu membuat backup (iTunes atau iCloud disebabkan AFS akan mengoptimasikan flash/SSD storage peranti dan bernasib buruk akan ada data yang hilang) dan disarankan membuat kemas kini di iTunes berbanding menggunakan Over The Air (OTA) di peranti masing-masing – terpulang atas hak tuan empunya peranti. Fungsi AFS juga akan membuatkan proses kemas kini menjadi lambat apabila kemas kini menggunakan OTA.

Sumber artikel dan gambar: 9to5Mac

Haziq Harun

Nothing great was ever achieved without enthusiasm.

2 Komen

Klik di sini untuk menghantar komen

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.