Khabar Angin

Bekalan iPhone X Dilaporkan Hanya Terhad Kepada 20 Juta Unit Sahaja Untuk 2017

Laporan baharu oleh Nikkei melaporkan bahawa Apple kini hanya mampu untuk membekalkan sebanyak 20 juta unit iPhone X bagi tahun ini, separuh daripada perancangan yang dibuat oleh Apple dan dilaporkan punca ini berlaku adalah disebabkan daripada masalah pengeluaran.

Penganalisis KGI Securities iaitu Ming-Chi Kuo telah menjangkakan sebanyak 2 hingga 3 juta unit sedia ditawarkan pada hari pelancaran rasmi 3 November untuk negara terawal.

Nikkei sebelum ini juga melaporkan isu kualiti yang membabitkan dengan komponen sistem kamera TrueDepth telah menjadi punca kelewatan untuk pengeluaran termasuklah bekalan untuk penjualan seluruh dunia. Berbanding dengan tahun sebelum ini, Apple telah berjaya menjual lebih 10 juta unit iPhone terbaru semasa minggu penjualan sahaja.

iPhone X boleh didapati dan tersedia untuk 55 buah negara seluruh dunia pada tahun ini. Jika betul dengan masalah bekalan ini dengan negara Malaysia yang masih tidak terpilih untuk negara terawal, sudah pasti stok bekalan iPhone X di Malaysia adalah terhad dan pra-tempahan dengan awal perlu dibuat jika anda mahu mendapatkan iPhone X ini pada hari pelancaran dan penjualan rasmi.

Cara alternatif, anda boleh mendapatkannya pada negara terawal lain.

 

Sumber artikel: 9to5Mac

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.