Tutorial

Cara Untuk Menambah Kalendar Alternatif Pada Semua Peranti

Kalendar pada iOS asalnya hanya ditetapkan dengan takwim Gregory versi tradisional iaitu kalendar yang kita gunakan pada sekarang ini. Bermula dari Mac OS X Yosemite dan iOS 8, Apple telah menambah satu ciri yang membolehkan pengguna untuk menetapkan kalendar alternatif mengikut takwim pilihan masing-masing. Dalam kalendar alternatif bermula dari iOS 8, terdapat 3 tetapan takwim yang boleh dipilih iaitu Chinese, Hebrew dan Islamic.

Berikut adalah cara untuk menambah kalendar alternatif pada peranti iOS dan (bonus) pada Apple Watch serta komputer Mac. Sedikit tambahan, kalendar alternatif tidak dipaparkan pada Lockscreen untuk iOS 8 dan iOS 9, hanya dipaparkan pada iOS 10 sahaja buat masa kini.

Cara untuk menambah kalendar alternatif mengikut iOS:

A. Untuk iOS 8/9

1. Pergi ke direktori Settings > Mail, Contacts, Calendars > CALENDARS – Alternative Calendars > tetapkan pilihan kalendar mengikut tetapan anda. Kemudian, buka Notification Center, kalendar alternatif akan tertera di situ.

B. Untuk iOS 10

1. Pergi ke direktori Settings > Calendars > Alternative Calendars > tetapkan pilihan kalendar mengikut tetapan anda. Kemudian, buka Notification Center atau Lockscreen, kalendar alternatif akan tertera di situ.


Cara untuk menambah kalendar alternatif pada watchOS:

Kalendar alternatif untuk Apple Watch ialah berdasarkan dan berpandukan tetapan kalendar alternatif pada iPhone anda. Jika anda belum tetapkan mengikut cara di atas, anda tidak boleh menambah kalendar alternatif ini. Pastikan sudah ditetapkan mengikut cara di atas sebelum membuat pada Apple Watch dan hanya muka jam yang terpilih sahaja yang boleh menetapkan kalendar alternatif, tidak semua muka jam boleh.

1. Pada Apple Watch anda, nyahaktif / buka (unlock) passcode.

2. Force Touch (Deep press / tekan dengan kuat) pada muka jam, dalam tutorial ini saya menggunakan muka jam Utility.

3. Tekan Customize dan tatal ke kanan sekali serta ketik pada kotak di bawah sekali.

4. Gunakan Crown untuk tatal sehingga jumpa tetapan Lunar Date.

5. Selesai membuat tetapan, tekan butang Crown untuk keluar dari Customize dan tekan sekali lagi pada muka jam atau butang Crown untuk menetapkan muka jam itu.

Perlu ingat tidak semua muka jam boleh untuk menambah kalendar alternatif ini.


Cara untuk menambah kalendar alternatif pada macOS/Mac OS X:

Untuk pada macOS ataupun Mac OS X, takwim Gregory akan digantikan sepenuhnya dengan kalendar alternatif pilihan anda. Berbeza dengan iOS, kalendar alternatif ditambah dan berada di bawah takwim Gregory seperti mana yang dipaparkan pada Notification Center ataupun Lockscreen. Untuk pada macOS ataupun Mac OS X juga, kalendar alternatif akan dipaparkan pada Status Bar dan Notification Center.

1. Buka System Preferences yang terdapat pada dock atau pada Launcher.

2. Kemudian masuk ke Language & Region.

3. Cari Calendar dan ketik pada Gregorian atau tetapan kalender yang ada di situ.

4. Pilih salah satu daripada pilihan kalendar mengikut tetapan anda yang terdapat di situ.

5. Selesai menetapkan, anda boleh tutup tetingkap System Preferences tersebut.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.