iPhone Khabar Angin

[Galeri] Lagi Gambar Model Prototaip Dan Lukisan iPhone X / iPhone 8 Tertiris

iPhone X / iPhone 8 merupakan peranti terbaru yang bakal dikeluarkan oleh Apple sempena ulang tahun ke-10 iPhone pada tahun ini. Terdapat pelbagai khabar angin, ura-ura dan laporan yang dikeluarkan berdasarkan sumber yang didapati. Tidak kurang juga dengan gambar yang tertiris daripada kilang dan juga gambar rekaan model berdasarkan lukisan CAD.

Sebelum ini terdapat model prototaip yang sama dikeluarkan pada bulan lepas yang menunjukkan gambar model prototaip iPhone X / iPhone 8 ini. Kini, sumber yang didapati oleh BGR yang menunjukkan model ptototaip yang sama seperti yang ditunjukkan sebelum ini.

Terdapat pelbagai spekulasi mengenai model ini yang dikhabarkan ialah model contoh untuk syarikat pembuatan kerangka yang diberikan oleh Apple untuk mengukur dimensi iPhone 8 ini pada produk kerangka mereka. Namun, tidak dipastikan lagi kesasihannya.

Selain itu, terdapat juga model 3D yang dibuat berdasarkan lukisan CAD yang ditunjukkan oleh Engadget, kesemua gambar ini dilihat sama seperti gambar yang telah tertiris pada beberapa hari yang lepas. Rekaan dwi-kamera menegak masih menjadi rekaan pada iPhone 8 untuk penggunaan augmented reality seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pendapat saya, rekaan kamera tersebut tidak mungkin akan menggunakan rekaan seperti itu disebabkan penggunaan ‘metal ring’ seperti yang terdapat pada iPhone 6 hingga ke iPhone 6s. Pada iPhone 7, rekaan kamera telah diubah suai dengan bonjolan yang tidak terpisah dan rekaan daripada bingkai housing itu sendiri.

– iFixit dan JerryRigEverything
Konsep oleh Benjamin Geskin. Rekaan sekeliling kamera yang sama seperti iPhone 7 Plus

Namun, semua masih terlalu awal untuk mempercayai. Waktu terbaik ialah pada bulan 7-9 di mana sebahagian iPhone X / 8 telah pun siap untuk proses pengeluaran. Pada waktu itu akan terdapat pelbagai gambar yang akan keluar menunjukkan rekaan sebenar iPhone 8 ini.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.