Aplikasi Tutorial

Instagram Memperkenalkan ‘Archive’ – Membolehkan Pengguna Menyembunyi Gambar Atau Video Dari Penglihatan Orang Lain

Pasti anda pernah mahu memadamkan gambar atau video daripada akaun Instagram anda tapi rasa sayang disebabkan ia adalah kenangan atau sebab lain seperti putus cinta tapi masih juga mahu menatap muka bekas kekasih – move on plis. Kini, Instagram memperkenalkan ‘Archive’, alternatif kepada pemadaman media dengan menyembunyikan media tapi hanya tersembunyi dari penglihatan orang lain. Anda juga masih boleh melihat media tersebut pada ruangan archive ini dan juga boleh memilih untuk tidak menyembunyikannya.

Dengan ciri terbaru ini, pengguna boleh menyembunyikan gambar atau video daripada akaun masing-masing untuk pelbagai sebab antaranya ialah tidak mendapat banyak ‘Likes’ dari entri sebelumnya, malu dengan gambar tersebut dan sebagainya. Ciri ini juga membolehkan pengguna untuk yang mahu menetapkan tema warna pada akaun mereka dengan menyembunyikan media yang lari dari tema warna ditetapkan oleh anda.

Menurut Instagram, ciri ini akan dikeluarkan kepada pengguna tertentu buat masa kini dan akan dikeluarkan kepada semua pengguna pada bulan hadapan maka tidak semua boleh menikmati dan menggunakan ciri ini kerana setiap ciri dan fungsi terbaru tidak dikeluarkan untuk semua pengguna dalam sekali gus – perlu menunggu kemas kini versi akan datang atau ikut cara di bawah:

1. Memasang semula (reinstall) kembali aplikasi Instagram.

2. Menghidupkan semula (restart) peranti anda.

3. Ulangi cara 1-2 berulang kali atau jika masih tidak ada, tunggu kemas kini terbaru ataupun melaporkan kepada pihak Instagram.

 

Cara untuk menyembunyikan media pada akaun Instagram

1. Pada akaun anda, pilih gambar atau video yang anda mahu sembunyikan.

2. Tekan pada ikon tiga titik yang terdapat pada kanan atas media tersebut dan tekan ‘Archive’.

3. Gambar tersebut akan tersembunyi daripada akaun anda dan juga penglihatan orang lain. Untuk melihat kembali media tersebut, tekan pada ikon jam yang terdapat pada kanan atas akaun anda.

5. Media yang disembunyikan akan tertera di situ.

6. Anda juga boleh memilih untuk tidak menyembunyikan media dengan tekan ikon tiga titik pada kanan atas media tersebut dan tekan ‘Show on profile’.

7. Selepas itu, media tersebut akan ada kembali pada akaun anda seperti sebelum ini.

Instagram juga memperkenalkan Face Filters – menambah kesan maya pada wajah seperti Snapchat pada minggu lalu.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.