Berita Info iPad

iPad Mini 4 Kini Dijual Dengan Kapasiti Storan 128GB Sahaja

Dengan penggantian peranti iPad Air 2, peranti iPad Mini 4 juga ditawarkan dengan kapasiti storan 128GB sahaja di pasarang sekarang ini. Kapasiti storan 32GB tidak lagi dijual selepas ini. Penawaran ini ditawarkan dengan harga RM2099 bagi konfigurasi Wifi dan RM2599 bagi konfigurasi Cellular.

Harga peranti iPad Mini 4 masa mula diperkenalkan bagi konfigurasi Wifi dijual pada harga RM1599 untuk 16GB, RM1999 untuk 64GB dan RM2399 untuk 128GB manakala bagi konfigurasi Cellular pula dijual pada harga RM2099 untuk 16GB, RM2499 untuk 64GB dan juga RM2899 untuk 128GB.

Harga peranti iPad Mini 4 yang baharu ini adalah sama dengan harga promosi dibuat oleh Apple Authorized Service Provider (AASP) di Malaysia pada sebelum ini.

Sumber: Machines

Bagi yang ingin membeli, boleh terus membuat pembelian di laman sesawang Apple atau di AASP (tunggu kemas kini oleh mereka).

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.