Apple

iPod Touch Generasi Ke-7 Dengan Sokongan Face ID Mungkin Akan Diperkenalkan Pada Pagi Besok

Peranti iPod kini kian menghilang setelah beberapa model yang telah dihentikan penjualan dan ditamatkan dengan rasmi oleh Apple seperti iPod shuffle dan iPod nano. Namun, hanya satu sahaja peranti iPod untuk model iPod touch generasi ke-6 masih lagi ditawarkan buat masa kini dengan peningkatan pilihan kapisiti storan 32GB dan 128GB pada bulan Julai lepas.

Kebiasaannya, apabila Apple menawarkan peningkatan kapasiti storan bagi sesuatu produk, ini bermaksud Apple akan memperkenalkan generasi yang baharu. Bagi model iPod touch, tahun ini dan bulan ini ialah merupakan ulang tahun yang ke-10 setelah generasi ke-1 atau pertama yang diperkenalkan pada tahun 2007 yang lepas, tahun yang sama dengan peranti iPhone.

Berdasarkan maklumat yang dijumpai pada versi iOS 11 Golden Master (GM) yang tertiris pada hujung minggu lepas, terdapat kod baharu yang menunjukkan model ‘iPod8,1’ yang dijumpai. Bagi generasi ke-6, kod model ialah ‘iPod7,1’. iPod touch generasi ke-7 ini juga dijangka akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Apple A9 atau A10 untuk penggunaan Face ID.

Selain itu, terdapat juga kod penetapan penggunaan bagi sokongan Face ID yang dijumpai pada kod GM tersebut. “Unlock iPod and use Apple Pay with your face instead of a passcode” iaitu kod yang dijumpai, ini menunjukkan iPod touch generasi ke-7 ini bakal menyokong sistem pengesahan imbasan wajah 3D iaitu Face ID bagi menggantikan sistem pengimbas cap jari Touch ID.

Oleh Jeffrey Grossman.

Terdapat juga maklumat yang dijumpai pada laman web Discover iaitu syarikat perkhidmatan kewangan yang menunjukkan nama model bagi kesemua peranti baru yang akan diperkenalkan pada pagi besok. Acara khas Apple akan berlangsung pada 13 September iaitu hari Rabu, tepat pada pukul 1.00 pagi yang akan membentangkan kesemua peranti baharu seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, Apple Watch Series 3, iPod Touch (7th Generation), dan Apple TV (2017) serta kesemua sistem operasi baru seperti iOS 11, watchOS 4, tvOS 11 dan macOS 10.13 High Sierra.

Langganan Emel

Dapatkan notifikasi artikel terkini yang diterbitkan atau sebarang entri terbaru secara terus melalui emel anda.